“PLEASE DONT GO TO JAIL BEFORE MY SPM, MOMMY. I NEED YOU MOST”

By October 18, 2018 Women

Sejak beberapa hari lalu anak sulung saya, Wan Melanis akan meminta saya mengambil gambar nya. Saya tidak faham mengapa Mel mahu saya berbuat demikian.

Semalam Mel mungkin terdengar perbualan telefon saya berkaitan penahanan Dato Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Dato Azeez Rahim dan Dato Seri Zahid Hamidi.

Sebelum tidur, Mel ketuk pintu saya dan minta untuk tidur bersama saya. Walaupun hampir setiap malam Mel tidur bersama saya, tapi semalam agak berbeza. Mel pegang tangan saya sambil berkata “please dont go to jail before my SPM, mommy. I need you most”.

Saya terkedu seketika dan saya beritahu Mel bahawa hidup sebagai pejuang memerlukan insan-insan yang kuat untuk terus cekal dan tabah di sekelilingnya.

Tanpa anak-anak yang cekal dan tabah mengharungi liku-liku kehidupan bersama saya, tidak mungkin saya mampu berdiri seperti hari ini.

Mereka tahu saya mungkin terpaksa menerima apa sahaja dugaan sebagai pejuang. Bayangkan bagaimana kami menempuh hidup bersama dalam tempoh beberapa tahun ini. Segala sakit dan perit walau hingga berdarah hati, mereka lah tunggak kekuatan saya.

Saya tidak tahu bagaimana mahu ungkapkan kepada anda di luar sana kehidupan yang saya lalui bersama 3 anak kandung dan 2 anak angkat saya setiap hari.

Seorang anak saya, Julia yang berbangsa Itali kini berada di negaranya kerana meneruskan pengajian sebelum pulang ke Malaysia untuk menyambung pengajiannya di Malaysia 2 tahun lagi. Anak mat salleh ini benar-benar tidak mahu berenggang dengan saya. Julia akan hubungi saya berkali-kali setiap hari melalui telefon dan video call. Dia lakukan demikian semata-mata untuk pastikan saya masih ada untuk menjawab panggilannya.

Begitu juga Zahid yang kini baru memulakan alam pekerjaan, dia akan sentiasa hubungi saya untuk pastikan saya sentiasa ada untuk menjawab message nya.

Mel, Nadene dan Mya adalah tiga anak perempuan yang sangat rapat dengan saya. Walau didikan saya agak tegas tapi semua ibu akan memeluk anak-anaknya sepanjang masa. Saya mahu mereka membesar menjadi manusia yang tabah dan kuat, tapi pada masa yang sama saya mahu mereka hidup sebagai manusia yang menghargai kasih sayang lebih dari segala-galanya.

Mereka melihat Gina, Ashman dan anak-anak Dato Seri Najib yang lain di social media dengan pandangan – saya tahu perasaan kamu melihat keluarga kamu dimaki hamun dan dizalimi.

Saya tunjukkan kepada mereka gambar-gambar Gina dan Ashman di mahkamah, saya bacakan surat Gina kepada ayahnya dan kepada rakyat. Mereka saksikan semua dengan linangan air mata tetapi saya minta mereka berjanji kepada saya, jika itu berlaku kepada mereka “jangan menangis di hadapan kamera”. Mereka perlu pegang janji itu kerana saya perlukan kekuatan mereka.

Pagi tadi Mel berikan saya video ini dan sekali lagi Mel beritahu saya “this video and all the pictures were organised accordingly as a reminder to you because i need you to send me to my tuition class everyday till November”.

Saya kongsikan cerita kehidupan ini sebagai satu memori dalam perjuangan kita, rakyat Malaysia hari ini.

Saya akan menulis lagi dalam kategori wanita bila berkesempatan. Kebanyakkan nya adalah berkisar tentang kehidupan wanita kecil ini dan anak-anaknya.

Saya juga akan menulis dalam ruangan lifestyle nanti. Semoga tidak jemu dengan saya.

Anina Saadudin

Leave a Reply