JIKA BENAR KITA MANUSIA

By October 20, 2018 Women

Lihatlah sendiri apa yang masih mereka mainkan hari ini.

Tidak habis-habis DAP menggunakan strategi yahudi laknatullah dengan mengambarkan wajah Datin Seri Rosmah sebagai perempuan sihir untuk mempengaruhi umat Islam yang seagama dengan beliau.

Bijaknya mereka menanam benih kebencian diantara umat Islam supaya membenci sesama sendiri. Fikirlah dengan mata hati.

Soalan saya kepada PDRM, anda lakukan serbuan ke semua rumah Dato Seri Najib, anak-anaknya serta ibunya. Malah ke Sri Perdana dan sudah pasti ke pejabat Perdana Menteri. Beritahu rakyat adakah anda temui kuil hindu atau sebarang peralatan penyembahan berhala di kesemua premis tersebut?

Ketika saya bersama PPBM, saya difahamkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor adalah seorang pengamal agama Hindu.

Fitnah apa kah yang mahu anda lakukan ini?

Wahai umat Islam. Jika dia ibu kamu. Jika dia kakak kamu. Jika dia saudara kamu. Apakah kamu suka dia diperlakukan begini? Apakah kamu tidak takut kepada balasan Allah?

Jika anak menghina ibu kandung sendiri dan ibunya tidak pernah memburukkan anaknya, ianya untuk anda fikirkan “nilai” kemanusiaan itu dengan hati budi anda sendiri.

Saya tidak akan berkawan dengan individu yang menghina ibu kandungnya sendiri kerana saya menilai seseorang individu itu dari hati budinya terhadap darah dagingnya sendiri.

Simpan sedikit rasa perikemanusiaan dan rasa hurmat kepada diri sendiri.

Saya tidak mengenali Datin Seri Rosmah Mansor berpuluh tahun seperti sebahagian pemimpin UMNO tetapi saya ada hati yang merasai hati insan lain.

Baik atau buruk bukan untuk kita adili kerana samada saya, anda atau Datin Seri Rosmah Mansor, kita akan ditimbang di atas neraca Allah dan sesungguhnya itu lah neraca Maha Adil.

Anina Saadudin

Leave a Reply