KASIH SAYANG TANPA SEMPADAN ANTARA SAYA DAN TUN M

By October 22, 2018 Women

Kasih sayang tanpa mengira fahaman politik tetapi saya tidak suka Tun M menzalimi Dato Seri Najib.

Saya ada ibu bapa dan saya juga miliki anak-anak.

Seorang anak dan seorang ibu menjadikan saya seorang insan yang akan terus berdiri untuk menegakkan keadilan bagi insan yang teraniaya seperti Dato Seri Najib.

Saya akan terus berjuang untuk menegakkan keadilan bagi Dato Seri Najib kerana saya telah berjanji kepada TunM bahawa saya akan terus bercakap benar.

Saya tahu di sudut hati Ayahanda TunM beliau tetap menyayangi saya sebagai anak dan sebagai protege.

Walau susah, walau sukar, walau sakit saya akan buktikan bahawa saya mampu berjuang tanpa kasih sayang TunM kepada saya seperti dulu.

Kerana saya insan, maka saya juga tidak akan biarkan TunM diaibkan. Beliau tahu saya tahu dan kenal sempadan perjuangan tetapi saya kesal TunM tidak kenal sempadan kemanusiaan terhadap Dato Seri Najib.

Saya tidak pernah lupa antara ayat terakhir TunM kepada saya dalam pertemuan-pertemuan terakhir kami (kerana beliau tidak pernah menyebut nama penuh saya sepanjang saya berjuang bersamanya). Kata-kata yang melekat di benak saya hingga kini adalah “Anina Saadudin, I want to see you be developed as a good leader for this country”. Saya tahu saya tidak perlu menjadi menteri untuk menjadi pemimpin masyarakat. Saya tidak perlu miliki jawatan untuk meneruskan perjuangan bangsa. Saya tidak perlu berkuasa untuk disayangi tanpa syarat.

Antara pesanan TunM yang akan sentiasa saya kenang adalah “saya juga pernah dipecat dari UMNO dan saya kembali sebagai Perdana Menteri”, “negara memerlukan rakyat yang berani bercakap benar, teruslah bercakap benar walau tidak disukai oleh orang lain”, “tak perlu pandang muka depa dua orang (Mukhriz dan Muhyiddin), pandang muka saya” kerana ketika itu saya tidak berlaga angin dengan kedua-dua mereka dan banyak lagi.

Kerana itu saya telah mengambil masa selama sembilan bulan untuk berfikir semasak-masaknya untuk meninggalkan PPBM.

Kasih sayang tidak boleh dipadam dengan sengketa politik kerana kasih sayang itu hidup di dalam jiwa.

Namun saya tahu Tun M tahu jiwa perjuangan saya untuk bangsa Melayu. Tun M tahu saya tidak akan berhenti bercakap benar untuk Dato Seri Najib.

Doa saya semoga suatu hari nanti samada sebelum saya atau Tun M menghembuskan nafas terakhir, saya akan sempat memegang dan mencium tangannya untuk kali terakhir sebagai anak dan bapa.

Anina Saadudin

Leave a Reply