ANTARA UNGGUN API DI PERUT NADENE DAN BARA DI DADA RAKYAT

By October 26, 2018 Women

Hari ni adalah hari ribut bagi saya.

Bekas PM baru kena dakwa RM6.5 billion di mahkamah. UMNO nak dikudita untuk puaskan hati Tun M, anak sulung nak SPM, anak bongsu pula demam panas.

Saya tiada pembantu rumah. Segalanya saya lakukan sendiri kecuali cleaner datang seminggu sekali untuk kerja-kerja menyental.

Bayangkan betapa sibuknya saya menjalani kehidupan sambil menulis di FB, blog, instagram dan bergaduh dengan TunM setiap hari untuk mengaktifkan minda.

Saya bangun awal untuk hantar anak ke sekolah. Nasib baik anak-anak saya cuma minum susu dan ambil cereal di awal pagi sebelum makan di sekolah pukul 10 pagi.

Saya pulang ke rumah selepas menghantar anak ke sekolah. Letak kunci kereta, terus saya ke dapur rendamkan bahan untuk memasak, ronda semua bilik anak, kemaskan yang mereka tidak sempat kemas, kutip baju kotor dan terus basuh baju.

Sambil tunggu baju siap saya masak untuk tengahari.

Sambil menunggu masakan siap saya akan buat few postings di FB.

Siap masak, saya jemur pakaian.

Pagi ni saya masak bubur nasi untuk Nadene yang demam. Nampaknya satu family makan bubur nasi. Saya goreng terubuk masin dari Sarawak supaya tidak lah semua orang rasa deman sekali. Haha.

Selesai suapkan Nadene makan, saya mandikan dia dan berikan ubat.

Nadene jenis sukar telan ubat, terpaksa saya buat cerita unggun api dalam perutnya perlu dipadamkan sebelum keluar asap melalui telinga dan hidung.

Nadene pandang muka saya dan saya tahu dalam hatinya “dahsyat mommy ni” hahhaa. Tapi dia makan juga ubat dan minum segelas air untuk padamkan unggun api rekaan mommy.

Saya fikir rakyat Malaysia hari ini juga begitu.

Mereka tahu pemimpin negara sedang berbohong, tetapi mereka terpaksa telan pembohongan tersebut kerana hidup perlu diteruskan .

Saya tahu Nadene tahu saya acah-acah tentang unggun api.

Beza antara Nadene dan rakyat Malaysia hanya, Nadene tahu saya tipu kerana saya sayang dirinya, sementara rakyat tahu menteri tipu mereka untuk tutup segala pembohongan terdahulu.

Nadene tak sabar untuk segera sembuh supaya boleh ke sekolah dan bermain, sementara rakyat tidak sabar menunggu 5 tahun untuk turun mengundi di PRU15 dan mendoakan semoga Dato Seri Najib bangunkan semula ekonomi negara.

Semoga Nadene segera sembuh dan PRU15 segera tiba.

Anina Saadudin

Leave a Reply