NAJIB vs TERESA KOK: TERESA FAHAM KE TIDAK ISU SAWIT?

By October 26, 2018 Economy

Najib mendakwa eksport minyak sawit menurun selepas PRU14 sehingga Oktober.

Beliau memetik pakar penyelidik Intertek melaporkan untuk separuh bulan pertama Oktober 2018, eksport minyak sawit dari Malaysia telah jatuh sebanyak 32.8% berbanding bulan lepas.

Jumlah eksport minyak sawit untuk tempoh ini hanya 505 ribu tan iaitu jauh lebih rendah dari eksport 690 ribu tan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Selain dari jumlah eksport yang jatuh, harga juga jatuh hanya RM2,200 satu tan berbanding RM2,700 pada bulan yang sama tahun lepas.

Tapi Teresa Kok cuba membalas fakta Najib dengan berkata perangkaan eksport sebenarnya naik 3.6% daripada Januari hingga September 2018 iaitu naik kepada 18.27 juta tan berbanding hanya 17.63 juta tan bagi tempoh yang sama pada 2017.

Padahal sah-sah Najib nyatakan eksport jatuh selepas PRU agak kantoi.

Teresa cuba memetik data daripada Januari untuk menunjukkan kenaikan di mana Januari adalah di bawah pentadbiran kerajaan BN.

Syed Agil Jamalullail

Leave a Reply