PH TAMBAH RM60 BILLION HUTANG SEJAK MENTADBIR

By October 26, 2018 Economy

Jumlah hutang setakat hujung 2017 ialah RM686 billion,  manakala setakat Mac 2018 pula ialah RM705 billion. Bermaksud drpd Januari  hingga Mac hutang negara  meningkat sebanyak RM19 billion.

Daripada kenyataan Menteri pula, kita tahu tambahan hutang daripada Januari hingga September ialah RM87.5 billion.

Ini bermakna setakat April hingga September, kerajaan PH sudah menambah hutang sebanyak RM60 billion.

Perkara ini dijelaskan oleh bekas Perdana Menteri, Najib Razak di dalam postingnya yang mengulas jawapan bertulis Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kepada Ahli Parlimen.

Najib berpuas hati apabila Lim mengesahkan bahawa tahap hutang kerajaan BN bagi tempoh 10 tahun hanya meningkat daripada 49.8% pada 2010 kpd 50.8% pada 2017.

Syed Agil Jamalullail

Leave a Reply