KURANG PERMINTAAN: RINGGIT TERUS JATUH, TERENDAH DALAM 11 BULAN

By October 29, 2018 Economy

Ringgit terus turun bagi tempoh 8 hari dagangan berturut-turut, mencecah paras terendahnya dalam tempoh 11 bulan apabila dolar AS semakin mengukuh. Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada paras 4.1740, 4.1780 berbanding dolar AS daripada 4.1730, 4.1770 pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata, di dalam negara, meskipun harga minyak meningkat kepada US$77.94 setong, para pelabur masih tidak memasuki pasaran sementara menunggu pengumuman Bajet 2019 pada Jumaat ini.

“Sehingga hari pembentangan Bajet, para pelabur dijangka mengambil pendekatan tunggu dan lihat, dalam usaha untuk memahami hala tuju kerajaan yang baru dilantik,” katanya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah.

Syed Agil Jamalullail

Leave a Reply