KEUTAMAAN KERAJAAN TELAH BERALIH DARIPADA NELAYAN, PENOREH KEPADA KONTRAKTOR?

By November 5, 2018 Economy

‘Elaun Sara Hidup Nelayan’ dan ‘Insentif Hasil Tangkapan Nelayan’ dipotong daripada RM262 juta kepada RM98.5 juta, sekitar 62%

‘Elaun Sara Hidup Nelayan Darat’ dikurangkan daripada RM12.5 juta kepada RM3.5 juta, sekitar 72%.

‘Bantuan Musim Tengkujuh’ kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah dipotong semua sekali 100% berbanding peruntukan sejumlah RM261 juta pada Bajet 2018.

Jika dilihat pula belanjawan 2019 menambahkan perbelanjaan kepada kontraktor untuk:

i) penyelenggaraan Kompleks Perikanan RM15 juta

ii) bangunan baru dan pembaikan bangunan RM10 juta

iii) Pejabat HDO RM2 juta

iv) one off RM14 juta

Maka, timbul pula persoalan, apakah keutamaan kerajaan telah bertukar daripada menjaga nelayan dan penoreh kepada menjaga kontraktor?

Syed Agil Jamalullail

Sumber
[1] Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019

http://www.treasury.gov.my/ap_2019.html

Leave a Reply