CERPEN BOB BOY

By November 11, 2018 Readers Opinion

SIRI 1

“AYAH BOB BOY JADI KULI CINA.”

Bob Boy meletakkan beg sekolahnya di atas meja. Semua mata tertumpu ke arahnya. Beg tersebut jelas kelihatan begitu mahal dan tidak mampu dimiliki oleh murid lain di kelas itu. Cikgu Masli seakan tidak peduli dengan kelewatan hampir setengah jam Bob Boy dan masuk tanpa memberi salam. Yang jelas murid-murid lain kurang senang dengan perbuatannya tetapi tidak mampu mengambil apa-apa tindakan terhadap murid tingkatan 3 Sekolah Kebangsaan Putradiasaja itu.

Malahan kelewatannya juga sudah menjadi perkara biasa.Jika murid lain pasti perbuatan lewat itu tidak boleh diterima dan akan mendapat hukuman setimpal. Namun tiada seorang gurupun yang berani menegur sikap biadap Bob Boy. Apabila Cikgu Ajib menegurnya dan melucutkan jawatannya sebagai ketua kelas di awal tahun persekolahan kerana perbuatannya yang biadap dan jarang berada di dalam kelas sendiri, secara tiba-tiba guru berusia 50 tahun itu ditukarkan ke sekolah lain. Ramai yang tahu bahawa tindakan itu telah diambil ekoran laporan yang telah dibuat oleh YB Mahat Bin Tahir, ayah si Bob Boy. Dia merupakan wakil rakyat selama 2 penggal di kawasan itu.

“Apa pandang pandang? Nak penampar aku?” Tiba tiba Bob Boy dengan sombong berkata kepada Zayid, yang dari tadi memandang tabiat buruk Bob Boy. Zayid adalah anak kampung yang pintar tetapi lebih banyak berdiam diri daripada membuka mulutnya tanpa perlu. Zayid hanya mengangkat matanya dan memandang ke arah kipas yang sedang berpusing ligat.

“Kamu semua tak kan mampu memiliki apa yang aku miliki. Bapa aku akan tunaikan apa saja yang aku minta. Malahan pengetua sekolah inipun boleh ditukarkannya jika dia mampu.”

“Bapa kau bukan seorang pemimpin yang bosar. Dia cumo kuli cino. Tali barut mereka. Petualang bangso sendiri”, tiba-tiba Mamat yang berloghat Minang bersuara. Semua yang mendengar tertawa besar dan bertepuk tangan kerana Mamat seorang bertubuh tinggi lampai sentiasa mempunyai bidasan terhadap murid sombong di kelas itu.

Mamat diarah oleh Cikgu Masli supaya berdiri di hadapan kelas. Mamat tidak membantah kerana dia menyedari bahawa semua guru akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menegur Bob Boy. Bob Boy tersenyum puas melihat Mamat berdiri bersebelahan bakul sampah di penjuru kelas itu. Apabila Mamat memandang ke arahnya, Bob Boy menunjukkan isyarat bagus dengan jarinya ke arah Mamat. Namun Mamat tidak mahu mengaku kalah sambil menggerakkan bibirnya dan dari gerakan itu Bob Boy tahu ia bermaksud “kuli Cino”.

Ketika pulang, terngiang ngiang di kepala Bob Boy apabila kawan kawan sekelas memperlekehkan bahawa ayahnya kini menjadi kuli Cina.

“Jangan hendak berlagak dengan kami. Ayah kamu kuli Cina.”
Bob Boy pasti akan membalas dendam.

The Wounded Tiger

Leave a Reply