DAP MENCADANGKAN RATIFIKASI ICERD SEJAK 2012

By November 23, 2018 Politics

Lim Guan Eng kata ICERD bukan dibawa oleh DAP sedangkan Kit Siang desak supaya kerajaan melaksanakan ICERD sejak 2012 lagi!

2 ADUN DAP juga desak kerajaan luluskan ratifikasi ICERD minggu lalu.

Ahli Parlimen DAP juga menyokong ICERD kerana tiada seorang pun yang berdiri di pihak kerajaan membantah ICERD di Parlimen.

Bagaimana Guan Eng kata DAP tidak sokong ICERD?

Lim Guan Eng hanya membuat kenyataan bahawa Ratifikasi ICERD adalah politik orang bodoh setelah melihat kebangkitan bangsa Melayu di seluruh pelusuk negara.

Saya mahu memperingatkan Guan Eng bahawa bangsa Melayu di negara ini tidak akan membiarkan diri mereka dizalimi sebagaimana saudara mereka di Singapura.

Tidak kurang penting juga, bangsa Melayu tidak akan membiarkan diri mereka tertipu dua kali.

Mereka pasti tidak akan memilih PH di PRU15.

Anina Saadudin

#EmpiricalWatch

Leave a Reply