DATO AZWANDDIN PERLU KURANGKAN RETORIK KEGANASAN DAN RUSUHAN

By November 23, 2018 Editorials

Sesiapa yang kenal Datuk Azwandin Hamzah minta tolong beliau kurangkan retorik keganasan dan rusuhan.

Kita boleh menang dengan demontrasi aman dan perbahasan akal fikiran.

Saya tonton ucapan beliau, bermula dengan baik, kemudiannya bila sebut asah parang, keris dan sebagainya, saya fikir cara beliau sudah “outdated” dan hanya beri peluang musuh meraih simpati.

Zaman sudah berubah, kaedah dan cara juga sudah berubah.

Sebab itu sebelum ini saya tulis orang Melayu perlu belajar dari pelobi Yahudi.

Mereka tidak sebut pun angkat senjata atau pedang, bilangan mereka sedikit, namun mereka sentiasa menang pemikiran ramai.

Mereka tidak pernah sebut soal keganasan tetapi mereka sentiasa menjadikan keganasan bahan mendapat simpati.

Tolong jangan rosakkan agenda Jom Bantah ICERD dengan ucapan merepek saudara.

Ab Jalil Backer

Leave a Reply