AYUH MALAYSIA! JANGAN HAMPAKAN PEMINAT NEGARA MALAM INI!

By November 24, 2018 Editorials

Malam ini Malaysia akan menentang Myanmar jam 8.30 malam di Stadium Bukit Jalil.

Hanya kemenangan akan memastikan Malaysia layak ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2018. Malaysia wajar menggunakan kelebihan bermain ditempat sendiri dan masa rehat yang lebih panjang bagi mengalahkan Myanmar.

Namun sebahagian besar keputusan malam ini akan bergantung kepada persembahan pemain dan formasi yang sesuai. Cabaran kepada Tan Cheng Ho ialah untuk menurunkan barisan pemain yang sesuai dengan corak permainan malam ini.

Tidak semestinya pemain yang dianggap bagus harus bermain jika ia tidak sesuai dengan corak permainan bakal diterapkan.

Permainan Myanmar hampir sama dengan Vietnam, justeru Malaysia perlu pertimbangkan pemain yang mempunyai kelebihan fizikal seperti Zaquan Adha atau Sumareh sebagai “top striker”. Kelincahan Norshahrul Idlan boleh diperguna dibahagian sayap atau sebagai “playmaker nombor 10”.

Dalam perlawanan di Vietnam tempoh hari walaupun menguasai sebahagian besar permainan Malaysia gagal untuk menang. Ini kerana tiada kreativiti di bahagian tengah dan penyerang gagal “memegang bola” sebelum menerima bantuan rakan. Menggunakan Zaquan atau Sumareh sebagai penyerang utama akan menyelesaikan sebahagian masalah ini.

Ayuh Malaysia jangan hampakan peminat negara malam ini!

Ab Jalil Backer

Leave a Reply