PENGERUSI PTPTN LANGKAH KEPALA MENTERI BESAR PERLIS

By November 24, 2018 Politics

Perlis adalah negeri yang pertama di Malaysia memiliki sistem pungutan dan pengagihan zakat di Malaysia.

Sistem tersebut diisytiharkan oleh Raja Syed Alwi Jamalullail pada 20hb. Rejab 1351H (1932M).

Sistem pengurusan zakat di Perlis menjadi rujukan Sultan-Sultan dari negeri-negeri lain ketika itu seperti Kedah, Perak dan Selangor.

Pejabat Zakat Negeri Perlis kemudian disatukan dengan Pejabat Agama Islam Perlis dan dinamakan sebagai Jawatankuasa Zakat dan Fitrah sekitar 1964.

Pada tahun 1995, Pejabat Zakat Negeri Perlis dinamakan sebagai Baitulmal Negeri Perlis dan diletakkan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Begitulah sejarah pengurusan dan pengagihan zakat negeri Perlis yang begitu baik dan memberi manafaat kepada rakyatnya.

Terkini saya dapati Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan umumkan bantuan RM1,000 kepada 1,000 orang asnaf yang cemerlang di Perlis untuk membolehkan mereka membuka akaun SSPN untuk masa depan pendidikan masing-masing.

Wan Saiful Wan Jan juga memaklumkan bahawa separuh dari jumlah keseluruhan sumbangan tersebut datangnya dari wang zakat negeri Perlis yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Perlis.

Saya hairan bagaimana Wan Saiful Wan Jan sebagai Pengerusi PTPTN, yang merupakan agensi kerajaan pusat boleh memanipulasikan hasil pungutan zakat negeri Perlis seolah-olah negeri tersebut tiada Menteri Besar!

Saya difahamkan Wan Saiful Wan Jan di lahirkan di Kedah, dibesarkan di Perlis dan telah kalah bertanding bagi kerusi Parlimen Pendang di PRU14.

Hebat lah Pengerusi PTPTN di bawah kerajaan pusat boleh *melangkah* kepala Menteri Besar BN dan mewar-warkan kebaikannya di media sosial dan media massa.

Kerajaan baru, cara baru yang haru!

Anina Saadudin

#EmpiricalWatch

Leave a Reply