SYED SADDIQ MAIN GAME DI PEJABAT MENTERI, MAHASISWA PULA TURUN KE KE JALAN TUNTUT JANJI PTPTN

By November 24, 2018 Politics

Saya masih ingat bagaimana PPBM berusaha keras mengangkat Syed Saddiq sebagai ikon untuk menarik sokongan anak muda supaya mempercayai segala hasutan dan janji kosong PAKATAN HARAPAN.

Apabila anak muda sudah panas hati dengan pelbagai hasutan apalagi digula-gulakan dengan pelbagai janji, maka Tun Mahathir pun datang lah memeluk dan membelai mereka dengan kasih sayang.

Maka ditunjukkan kepada anak muda tentang kehebatan KLCC dan Proton Saga!

Wahh! Hebat nya atok!

Tunggu dulu! Bukan itu sahaja. Atok masih boleh ubah masa depan cucu-cucu semua sebelum atok meninggal dunia.

Izinkan atok mendapat peluang terakhir untuk membetulkan segala kesilapan atok yang lalu.

Apa yang atok akan berikan?

1. 1 juta peluang pekerjaan;

2. Gaji minima RM2,500;

3. Blacklist PTPTN diputihkan dan cucu boleh terbang ke luar negara tanpa perlu bayar hutang;

4. Gaji RM4,000 baru lah cucu bayar hutang PTPTN.

Wahh bagus nya atok! Orang cakap ‘those are just too good to be true’

Maka anak muda pun ramai-ramai diangkut ke Pejabat Pos untuk mendaftar sebagai pengundi dan mereka memilih atok untuk masa depan mereka yang lebih cerah dan penuh ‘harapan’ .

Kini Syed Saddiq goyang kaki main game di pejabat menteri. Rasa boring, panggil cameraman ambil gambar kutip sampah di stadium. Hujung bulan terima gaji RM50,000 dan hidup di puncak dunia pada usia yang muda! Memang ‘ikon’! dalam dunia PH.

Anak muda yang pangkah PH di mana?

Mereka perlu bayar PTPTN walaupun gaji RM1,000 dan tak dapat terbang ke luar negara kerana gaji tak naik walaupun harga barang naik!

Sebelum itu, akibat kempen PRU14 yang terlalu menggoda, maka ramai peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka.

Atas fitnah dan hasutan mereka lah, kini PTPTN mengalami penurunan kutipan dari RM3.4 bilion pada 2016 dan RM3.985 bilion 2017, kepada anggaran kurang RM3 billion tahun ini.

Jumlah kutipan dijangkakan akan semakin menurun akibat ‘pemutihan’ dari senarai hitam peminjam PTPTN.

Pada 17 November lalu, Wan Saiful Wan Jan umumkan bahawa penangguhan sehingga gaji RM4,000 terpaksa dibatalkan hingga memaksa peminjam bergaji RM1.000 juga perlu membayar pinjaman.

Natijahnya hari ini, sekumpulan mahasiswa daripada pelbagai kampus berhimpun bagi menzahirkan tanda protes terhadap dasar PTPTN kerajaan PH yang zalim dan menekan anak muda.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Muhammad Faizzuddin Mohd Zai telah mengetuai perhimpunan tersebut yang bermula di Masjid Jamek dan berakhir di ibu pejabat PTPTN, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Antara tuntutan GAMIS adalah supaya PAKATAN HARAPAN tunaikan janji penangguhan gaji RM4,000 untuk membayar balik pinjaman serta menuntut Maszlee Malik dan Wan Saiful Wan Jan melepaskan jawatan.

Antara laungan mereka hari ini:

“Kalau betul dakwaan negara nak bankrap, bagaimana menteri masih bergaji berpuluh ribu.”

“Pemimpin kerajaan baharu mendapat gaji melebihi daripada keperluan hidup, sepatutnya mereka fokus baiki sistem pendidikan negara bukannya mengumpul kekayaan.”

“Kita menentang sistem yang menguntungkan orang kaya dan menekan orang miskin,”

Anak muda melawan!

Anina Saadudin

#EmpiricalWatch

Leave a Reply