TUN MAHATHIR PERLU BERHATI-HATI APABILA BANGSA MELAYU BERDARAH HATINYA

By November 24, 2018 Politics

Keputusan PRU14 adalah adalah satu indikasi jelas betapa bangsa Melayu tidak menyokong Tun Mahathir.

75 peratus undi Melayu di PRU14 telah pergi kepada Dato Seri Najib dan parti-parti bumiputera yang lain termasuk PAS dan PBB di Sarawak.

Hanya 25 peratus undi Melayu diberikan kepada PKR, PBBM dan AMANAH dan itu adalah fakta rasmi.

Kini selepas PRU14, kerajaan Tun Mahathir yang dikuasai DAP jelas melakukan pelbagai kesilapan besar yang menyebabkan hati bangsa Melayu itu luka dan berdarah .

Saya pernah berpesan kepada Tun Mahathir bahawa dia perlu berubah jika mahu mengambil hati bangsa Melayu .

Apakah yang dimaksudkan berubah?

Saya berpendapat Tun Mahathir perlu melihat kepentingan bangsa Melayu sebagai agenda utamanya.

Mahu tidak mahu, Tun Mahathir tidak boleh menafikan bahawa pemerintahannya tidak lagi memiliki sifat ihsan dan kasih sayang terhadap bangsa Melayu sebaliknya bangsa Melayu itu digelar tidak produktif, bangsa perasuah, pemalas dan tidak berintegriti.

Hari ini Tun Mahathir secara terpaksa telah membuat sebaran media tergempar memaklumkan bahawa kerajaan tidak akan meluluskan ratifikasi ICERD.

Ianya dilakukan secara tergesa-gesak dan nampak terdesak.

Apa yang ditakutkan oleh Tun Mahathir?

Kebangkitan bangsa Melayu di seluruh negara kebelakangan ini telah benar-benar membuatkan Tun Mahathir terkejut dan sedar bahawa bangsa Melayu mampu memberi ancaman kepada kerajaan PAKATAN HARAPAN.

Saya pertikaian kelambatan Tun Mahathir dalam membuat pengumuman tersebut kerana beliau membuat kenyataan berbelit-belit sebelum ini.

Saya percaya Tun Mahathir tidak ikhlas dalam pengumuman tersebut.

Anina Saadudin

#EmpiricalWatch

Leave a Reply