ADAKAH AIR PERCUMA SEBENARNYA SUDAH HILANG DI BUMI SELANGOR?

By November 26, 2018 Editorials

Bajet baru kerajaan negeri umumkan hanya yang berdaftar e kasih sahaja menerima air percuma.

Berapa ramai golongan B40 daftar dengan e-kasih?

Untuk daftar dengan e-kasih pendapatan Pemohon (Ketua Isi Rumah) mesti RM1,500 (duduk bandar) & RM1,000 (duduk kampung).

Makanya ramai golongan B40 sendiri tak layak dapat Air Percuma.

Saya sebut dari awal isu rundingan air bernilai RM2 billion yang melibatkan salah seorang lembaga (pemegang amanah) pengarah Institut Rakyat (badan pemikir PKR).

Ianya adalah antara punca yang mengakibatkan penyingkiran Khalid Ibrahim.

Selain itu, ia juga akan jadi beban tanggungan rakyat masa hadapan.

Apa kata anda ?

Di mana Rafizi dan pemujanya?

Adakah mereka bercakap tentang isu ini?

Jawapannya, mereka bisu!

Mereka bising hari tu hanya sebab berlawan jawatan bukan isu bela rakyat gamaknya.

Badrul Hisham Shaharin

Leave a Reply