BERANIKAH GUAN ENG DEDAH SURAT PERSETUJUAN IPIC?

By November 26, 2018 Editorials

Soalnya sekarang, Reuters laporkan IPIC mengaku yang 1MDB tidak ada terhutang apa-apa dengan IPIC, merujuk kepada bayaran $3.5 billion 1MDB kepada AABAR palsu itu.

Secara tidak lansung, IPIC akui yang kecurian (dana pembayaran 1MDB kepada AABAR PALSU) itu adalah salahlaku Qubaisi dan Husseiny, iaitu CEO & MD mereka sendiri, dengan menyalahgunakan nama syarikat mereka sendiri, menerusi infrastruktur rasmi syarikat mereka sendiri.

kena ingat, yang beri dana yang dicuri kepada JHO LOW ialah QUBAISI & HUSSEINY.

Bukan 1MDB yang beri dana kepada JHO LOW.

Secara tidak lansung, kita tahu Jho Low menipu kita (IPIC & 1MDB) tapi ditipu dipihak IPIC.

Bukan 1MDB!

Dalam urusan 1MDB-IPIC, kita berjumpa dengan Crown Prince (Tengku Mahkota) of Abu Dhabi sendiri iaitu Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan (yang juga abang kepada Sheikh Mansour Al Nahyan pemilik Manchester City FC) menunjukkan ianya legit bukan main ikut backdoor.

Persoalannya kembali, adakah kerajaan PH, Lim Guan Eng berani untuk dedahkan surat persetujuan IPIC tersebut?

Syed Agil Jamalullail

Leave a Reply