KENAPA DATO SERI NAJIB KATA BELIAU HANYA KENAL JHO LO SECARA PROFESSIONAL, BUKA PERIBADI

By November 26, 2018 Editorials

Untuk nak faham kenapa DS Najib Razak kata yang dia kenal Jho Low hanya secara professional sahaja, dan bukan secara peribadi di dalam interview Sinar Harian 3 hari lalu, anda perlu faham kronologinya.

Masa 1MDB, TIA bermula, Jho Low ini terkenal kerana dia membawa masuk pelabur Arab ke Malaysia.

Contohnya pada tahun 2006, Jho Low tarik Kuwait Finance House melabur dengan membeli apartment mewah The Oval di Kuala Lumpur, US$87 juta.

Pada tahun 2007 pula, Jho Low tarik Mubadala Development Co, untuk melabur membangunkan 2,230 ekar plot hartanah di Medini Iskandar Malaysia.

Pada 2007 juga, Jho Low tarik Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corp (ADKMIC) melabur dalam Putrajaya Perdana Bhd.

Pada tahun 2008, Jho Low menjadi broker Abu Dhabi Commercial Bank’s (ADCB) dan Aabar Investments PJS untuk melabur dalam RHB BANK.

Ketika itu, Jho Low bertindak seperti advisor, consultant dan pengurus portfolio pelaburan kepada sheikh-sheikh Arab di Malaysia.

Malah, ketika urusan 1MDB pun, Jho Low masih bertindak sebagai wakil penjaga kepentingan kepada pelaburan SAUDI dan ABU DHABI dan tidak pernah mewakili 1MDB.

Dalam laporan PAC pun ada bagi tahu yang pernah sekali Jho Low masuk mesyuarat mewakili kepentingan pelaburan SAUDI di dalam JV 1MDB-Petrosaudi, membawa ‘regards’ daripada Prince Turki yang tidak dapat hadir, tapi hanya bertaraf utusan dan tidak diberi kuasa untuk membuat keputusan bagi pihak SAUDI.

Jadi, sememangnya jelas kerajaan Malaysia atau Najib tidak akan tahu apakah ‘dealing’ yang dibuat oleh Jho Low secara peribadi dengan SAUDI mahupun ABU DHABI.

Najib sebagai Menteri Kewangan sudah berjumpa dengan King Abdullah of SAUDI dan Sheikh Mansour (pemilik Manchester City) of ABU DHABI dan percaya pelabur yang dibawa Jho Low adalah tulen.

Dan Najib pun sudah bagi tanggungjawab kepada CEO dan Board of Directors 1MDB untuk memastikan operasi syarikat dijalankan mengikut tataurus tadbir korporat yg baik.

Takkan lah Najib nak monitor setiap satu urusan 1MDB dan perlu ingat, Najib tidak ada kuasa eksekutif di 1MDB. Beliau hanya ada di dalam Board of Advisors. Bukan Board of Directors!

1MDB juga sudah melantik investment firm, audit firm yang terbaik untuk menjaga kepentingan pelaburan syarikat.

Goldman Sachs, Deloitte, KPMG, E&Y semuanya adalah firma terbesar dunia.

Kalau 1MDB ditubuhkan daripada awal untuk menipu, kenapa nak ambil firma-firma gergasi dunia untuk memantau?

Syed Agil Jamalullail

Leave a Reply