SAMUN RM2.3 BILLION MELALUI SPLASH: PH PERLU KENCING DALAM TEMPURUNG, CERMIN DIRI

By November 26, 2018 Politics

Dato Seri Najib tidak luluskan pembelian SPLASH pada harga 10 kali ganda lebih mahal daripada harga disaran bekas MB, TS Khalid Ibrahim.

Malangnya, Tun M pula luluskan pembelian SPLASH itu dengan serta merta selepas berkuasa.

Hasilnya kini rakyat Selangor yang undi untuk air percuma tidak lagi mendapat air percuma.

Kenapa ianya terjadi?

Jawapannya adalah kerana ramai sangat penyamun menangguk di air keruh!

Harga asal cuma RM250 juta.

Namun ada pihak ‘mark up’ sehingga RM2.55 billion.

Siapa curi RM2.3 billion?

Kesialan apakah ini?

Tuduh Dato Seri Najib curi RM2.6 billion.

Kemudian dakwa Dato Seri Najib kerana pulangkan wang RM2.6 billion.

Sekarang kerajaan Negeri perlu beritahu rakyat, siapa sebenarnya yang curi RM2.3 billion dari rakyat Selangor?

Buktikan kepada saya bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak terlibat dengan individu penyamun, pencuri dan perompak ini.

Jika tidak, boleh lah kencing di dalam tempurung, dan cermin muka sendiri.

Di mana SPRM dan ‘Pelakon Utamanya Shukri’?

Anina Saadudin

EmpiricalWatch

Leave a Reply