TIADA RAHSIA JHO LOW MASUK MEETING 1MDB

By November 26, 2018 Readers Opinion

Beberapa hari ini kecoh dengan berita-berita kononnya Laporan Audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara yang dipersembahkan kepada PAC oleh Ketua Audit Negara pada masa itu TS Ambrin telah diubah.

Kononnya kehadiran Jho Low di dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB telah disembunyikan.

Saya terkejut melihat kejahilan rakyat Malaysia yang begitu mudah percaya dengan propaganda PH ini.

Carian mudah di Google saja boleh dapat laporan-laporan tentang kehadiran Jho Lo ini seperti link-link di bawah.

Juga di dalam Laporan PAC, anggota PAC telahpun dimaklumkan tentang perkara ini seperti yang terpampang di dalam gambar di bawah.
Apa ke jadahnya disorok/disembunyikan pula?

Malah jawapan tentang kehadiran Jho Lo ini juga telah diberikan secara rasmi di dalam parlimen pada tahun 2015 seperti link ini:

https://m.malaysiakini.com/news/324136

Jho Lo hadir bagi mewakili pihak Arab khususnya, Prince Turki dan bukan mewakili 1MDB.

Jemputan diberi kepada Prince Turki tetapi beliau tidak hadir dengan maaf dan mewakilkan Jho Lo bagi pihak beliau.

Jho Lo adalah proksi pihak Arab.

Nampak sangat PH ini sudah bankrap idea dan terpaksa memperalatkan agensi-agensi kerajaan agar bermain propaganda bodoh dan menimbulkan persepsi bagi mengalihkan perhatian rakyat dari kegagalan mereka menunaikan janji-janji manifesto mereka dan juga isu ICERD.

Mereka sebelum ini hebat dalam bermain propaganda di PRU14.

Kini mereka lebih hebat dengan menggunakan kuasa sebagai kerajaan dan penguasaan penuh media.

Nabeel Naqie

Leave a Reply