Empirical Malaysia ada lah NGO yang saya tubuhkan lebih setahun yang lalu dengan aspirasi untuk menyumbang kepada sosio ekonomi bumiputera melalui ‘empirical studies’ dan ‘research’.

Dalam fikiran saya, inilah platform yang akan menjadi kesinambungan perjuangan politik yang saya tinggalkan ketika mengambil keputusan meninggalkan PPBM pada 16 September 2017

Pada ketika itu, saya mahu menjadi aktivis yang menyumbang dalam usaha kerajaan membina kehidupan sosio ekonomi rakyat yang lebih baik dan melakar masa depan bangsa yang mencapai awan.

Hasrat saya tidak kesampaian (sekurang-kurangnya buat masa ini) apabila BN kalah di PRU14.

Saya percaya hanya kerajaan yang mempunyai kuasa politik dan jiwa jujur membangunkan bangsa mampu merealisasikan impian saya.

Lilahhitaa’la niat yang harus diterapkan di dalam jiwa seorang pejuang dan bukan untuk kepuasan peribadi dalam mengejar status, kuasa dan wang semata-mata.

Kejatuhan BN merencatkan segala perancangan dan saya perlu bergelumang sekali lagi dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan untuk rakyat dan bangsa melayu.

Saya fikir selepas PRU14, saya boleh miliki semula kehidupan sebagai ‘normal Malaysian’ yang sudah beberapa tahun saya tinggalkan.

Walaupun saya dikenali sebagai ahli politik ketika bersama PPBM, dan ianya masih dibawa hingga kini, tetapi saya bukan ‘typical politician’. Saya hidup dengan kehidupan saya yang sebenar. Saya menungkah arus dan mahu menjadi diri sendiri. Kerana itu, saya lebih selesa digelar sebagai pejuang, bukan ‘politician’.

Kawan saya pernah berkata “Nina la ni politician, kita kena hati-hati dengan dia sebab dia ‘canibal’ dan ada ‘game’ walaupun acaranya adalah makan malam dengan BFF”.

Urghhhhh! Saya penat. Saya tidak mahu menjadi ‘politician’ kerana saya sentiasa tampil sebagai diri saya sendiri dan lebih selesa dengan ‘image’ rakyat biasa yang mempunyai suara.

Apa yang anda lihat di depan mata, itu lah saya. Berambut ‘merah’, bercakap tidak lemah lembut, suka ketawa, suka marah, tetapi saya tunjukkan perasaan saya yang sebenar tanpa berselindung. _Seperti peribahasa inggeris, ‘what you see in me is what you get. Nothing less nothing more’! Itulah saya Anina Saadudin .

Kerana itu saya benci politikus! Saya benci manusia munafik. Saya benci manusia yang kejam. Saya benci manusia yang suka menggunakan manusia lain untuk kepentingan diri. Saya benci melihat ketidakadilan. Saya benci manusia penting diri sendiri.

Sekali dengar seperti begitu banyak kebencian, tetapi saya juga bangkit menuntut bela ke atas insan yang pernah saya zalimi.

Saya tetap katakan saya sayangi Tun Mahathir sebagai anak walau saya perangi pentadbirannya siang dan malam sebagai ‘pengkhianat’ bangsa saya. Ya saya gunakan perkataan ‘pengkhianat’ kerana itu adalah HAKIKAT.

Saya zahirkan hati saya yang sebenar dan saya tidak berpura-pura di hadapan Tun Mahathir.

Saya buktikan kepada beliau saya bukan ulat politik yang boleh dipergunakan olehnya seperti yang pernah Tun Mahathir temui sepanjang 71 tahun beliau berkecimpung dalam politik sejak sebelum merdeka.

Saya adalah ‘new breed of politician’. Saya tidak genius tetapi saya ada prinsip diri saya sendiri yang berpijak atas landasan kebenaran.

Saya berkata dari hati dan perasaan, saya memohon maaf apabila berbuat salah dan saya berkeras dengan pegangan saya apabila saya tahu saya benar.

Biar makan pasir dari mengunyah darah daging bangsa.

Saya tidak pernah keseorangan, saya tidak mampu meneruskan perjuangan walau sekuat mana pun semangat saya tanpa mereka di belakang saya.

Saya miliki ‘team’ yang kuat di belakang saya yang sanggup bersusah payah dan berkorban apa yang ada bersama.

Kesakitan sama dirasai, rezeki yang sedikit sama dikongsi. Saya tidak ceritakan kepada semua perit dan jerih saya menggerakkan perjuangan saya bersama mereka di belakang saya.

Ianya bukan tentang berapa banyak lauk di dalam pinggan nasi kita, tetapi keberkatan yang ada di dalam setiap suapan nasi ke dalam mulut kita.

Hanya Allah yang tahu betapa saya mensyukuri nikmat yang Allah berikan dengan menghadirkan insan-insan hebat di belakang saya.

Saya ada pembantu yang bekerja untuk Empirical Malaysia dan Anina.my siang dan malam.

Pembantu peribadi saya memiliki nama seperti saya, Nina. Dia comel tapi garang oh! Dia bekerja seperti tidak cukup 24 jam dan dia individu yang akan merasai detik hati saya. Selepas melalui pengalaman pahit maung, akhirnya Allah hadirkan dirinya sebagai kurniaanNya untuk saya. Terima kasih Nina!

Saya ada Fiezed yang saya kejutkan pada jam 2 pagi semata-mata untuk ‘upload material’ yang saya mahu ianya terpampang di anina.my untuk dibaca oleh lebih 2.4 juta pembaca Anina.my sehingga hari ini walaupun belum sebulan kami beroperasi. Terima kasih Fiezed!

Fokus saya menulis kali ini adalah untuk dua individu ‘team’ saya yang istimewa hari ini iaitu Syed Agil Jamalullail dan Farah Sabri.

Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama, 26 November. It’s November rain! Selamat ulangtahun untuk kesayangan-kesayangan saya berdua!

Syed Agil Jamalullail adalah individu yang banyak merungkai isu dalam 1MDB dan hal-hal bersangkutan pentadbiran Dato Seri Najib. Tanpa Syed Agil, saya lumpuh sebelah tangan. Terima kasih Syed Agil!

Farah Sabri adalah individu yang bertanggungjawab untuk memastikan semua posting Anina.my sampai kepada kumpulan sasaran. Dia mahir dalam tugasannya dan saya tidak mahu tahu bagaimana Farah jalankan tugasnya, yang penting saya hanya mahu lihat ‘reach’ setiap posting sampai kepada rakyat atas keterbatasan-keterbatasan yang kami miliki. Terima kasih Farah!

Jumlah ‘like’ tidak penting, yang penting adalah jumlah pembaca dan kami boleh melihat bilangannya dari sistem di web. Saya berbangga dengan pencapaian kami setakat hari ini. Sedikit demi sedikit kami akan berkembang untuk memastikan maklumat yang benar dan tepat sampai kepada sasaran yang lebih besar.

Akhir sekali, sekali lagi saya ucapkan terima kasih dari hati saya untuk ‘inspiring team’ yang saya miliki. Kami akan berpijak di atas kaki sendiri dengan berjimat cermat untuk memastikan objektif perjuangan tercapai dengan jayanya.

Selamat ulang tahun kelahiran untuk Syed Agil Jamalullail dan Farah Sabri!

Semoga Allah memberkati dan merahmati perjuangan ini.

 

Anina Saadudin

#EmpiricalMalaysia

Leave a Reply