AIR PENUH DALAM CUP. MACAM MANA BAK MENOREH, YB?

By November 29, 2018 Politics

Dasar dan polisi dibuat untuk membentuk sikap rakyat.

Sebenarnya, daripada dasar dan polisi juga kita dapat baca sikap kerajaan.

Kelmarin dalam Parlimen, Menteri Teresa Kok nak menggalakkan penoreh supaya keluar menoreh walaupun hujan.

Air penuh dalam cup, macam mana nak menoreh, YB?

Baiklah, kalau hari ni hujan, bantuan musim tengkujuh tiada, kerajaan kata “mampoih pi kat hang, hang pi keluar menoreh!”

Ni sikap rakyat yang salah atau sikap kerajaan yang salah?

Kalau hari ni hujan, penoreh keluar menoreh tapi esok demam, kerajaan potong bajet kesihatan, Klinik 1Malaysia ditutup.

“Mampoih pi kat hang!”

Sikap rakyat yang salah atau sikap kerajaan yang salah?

Suami tak boleh keluar menoreh, anak bini tak ada duit nak makan.

kerajaan potong pulak bantuan musim tengkujuh.

“Mampoih pi kat hang!”

Ni sikap rakyat yang salah atau sikap kerajaan yang salah?

Kena ingat, kita masih dilindungi perkara 153 pun tapi sudah nampak sikap kerajaan yang “henyak” orang-orang miskin, penoreh, pesawah, nelayan yang rata-rata Melayu.

Apatah lagi lepas ratify ICERD, atau dibuang A153.

Syed Agil Jamalullail

Leave a Reply