MENGAPA MELAYU, MAHATHIR?

By December 6, 2018 Readers Opinion

Oleh THE WOUNDED TIGER

1. Saya hanya mampu tersenyum dengan perasaan amarah yang cuba dibendung apabila membaca keratan berita yang Tun mengatakan bahawa rasuah kini telah menjadi sebahagian daripada budaya Melayu?

2. Soalan saya kepada Tun, mengapa Melayu? Tun begitu terdesak mengharapkan sokongan ahli ahli parlimen DAP sehingga sanggup membuat tuduhan melulu yang amat negatif terhadap bangsa Melayu. Jika beliau ikhlas, mengapa beliau tidak berkata bangsa Malaysia? Adakah Melayu ini bangsa yang paling teruk di kalangan bangsa Malaysia?

3. Sebenarnya dengan berkata dan mendakwa Melayu mengamalkan rasuah saja menunjukkan bahawa Mahathirlah yang cuba merasuah bukan Melayu supaya menyokongnya. Ketika kedudukannya sebagai PM terumbang ambing kerana kerusi yang cuma ada 13, Mahathir perlu melakukan apa saja untuk kekal berkuasa.

4. Sejak bila pula Mahathir menjadi penentu kepada dapatan ini? Apa kajian yang Mahathir telah buat untuk mengeluarkan kenýataan ini? Jelas sekali Mahathirlah yang memperkenalkan budaya rasuah dalam kalangan orang orang politiknya. Jarang sekali kita dengar tentang rasuah di zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussin Onn.

5. Apakah setelah meletakkan Melayu di tahap paling rendah dalam sejarah tanah air, Tun layak mengeluarkan kenyataan seperti itu tentang Melayu?

6. Hanya Melayu yang suka dirasuah oleh Tun saja yang akan menyokong kenyataan orang tua nyanyuk ini.

7. Yang jelas Melayu telah ‘dirasuah’ pemikiran mereka dengan ‘kehebatan’ fizikal yang tidak perlu semasa menjadi PM selama 22 tahun untuk terus ditipu bagi terus menyokongnya.

8. Cukup cukuplah Tun bercakap tentang Melayu kerana beliau tidak layak bercakap tentang Melayu kerana beliau lebih layak bersama DAP ketika masa semakin singkat.

Melayu tidak seperti kamu dan anak anakmu yang jadi kaya raya semasa pentadbiranmu. Kami menanti kejatuhanmu.

Leave a Reply