TIADA BANTUAN DARI MB KEDAH. WARIS KENA “SETTLE” MASALAH SENDIRI DULU

By December 6, 2018 Editorials

Oleh TUN CARLOS

Pada 4 Disember lepas, Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir berkata Kerajaan Negeri Kedah akan membantu untuk membawa pulang jenazah Allahyarham Ridzq Azzadin Mohd Azhar, 32 tahun, dari Australia untuk dikebumikan di Malaysia.

Allahyarham meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sebatang sungai di Burwood Road, Belmore, Australia pagi 3 Disember lalu.

Menurut Mukhriz, bantuan itu adalah untuk menanggung kos membawa pulang jenazah bagi disemadikan di kampung halamannya di Baling, Kedah atau di Sungai Buloh, Selangor.

Keluarga Allahyarham telah dihubungi untuk mengesahkan mengenai hasrat Menteri Besar Kedah untuk membantu mereka, tetapi keluarga allahyarham mengesahkan mereka masih tidak dapat bantuan apa-apa dari mana-mana Menteri ataupun Kerajaan Negeri Kedah.

“Masih tiada apa-apa, waris kena “settle” masalah sendiri dulu.” kata wakil keluarga allahyarham.

Menurut keluarga allahyarham, pegawai Mukhriz ada menghubungi mereka tetapi masih belum ada jawapan dan mereka juga ada diberitahu bahawa Kerajaan Negeri tidak ada bajet yang cukup untuk membantu.

Pada malam ini, sekumpulan individu akan berangkat ke Australia dari KLIA untuk menguruskan jenazah allahyarham hasil dari sumbangan kutipan derma yang dijalankan oleh saudara Mohd Zulhairi Zainol.

“Boleh jumpe kami di Klia pukul 9.00 malam. Team kami akan ke Australia untuk uruskan segalanya. Ini tangungjawab kita.” ujar Mohd Zulhairi di Facebooknya.

Leave a Reply