AMANAH IKHTIAR MALAYSIA: NASIB ANTARA DUA DARJAT

By December 7, 2018 Editorials

Oleh MEGAT ZAINURUL ANUAR MEGAT JOHARI

Saya mengikuti Sidang Parlimen (http://rtmparlimen.rtm.gov.my/) semalam dan agak terkejut apabila saya mendengar YB Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) memberitahu kerajaan sedang menyediakan dokumen bagai membatalkan sijil Pemerbadanan Amanah Ikhtiar Malaysia kerana AIM dikatakan telah tidak memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah terutamanya kerana menubuhkan anak-anak syarikat.

Saya terpanggil untuk memberikan komen tentang isu ini yang bagi saya agak tidak adil kepada golongan miskin dan ushawan-ushawan kecil.

Kebetulan saya juga terlibat secara langsung didalam program-program memperkasa usahawan kecil dan sederhana dan ini termasuklah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Saya sempat dua kali bersama peserta AIM di Kelantan dan di Langkawi.

Setiap kali program bersama AIM komitmen peserta adalah 100% dan kehadiran adalah diluar dari jangkaan (ibarat pecah panggung ramainya).

Sekiranya dilihat dari segi prestati, AIM mencatatkan prestasi yang sangat hebat dengan berjaya membantu lebih 400,000.00 orang sahabat dan mencatatkan 98.5% kadar bayaran balik pinjaman.

Ini menunjukkan AIM diuruskan dengan baik dan peminjam-peminjam pula memberikan komitmen untuk membayar balik pinjaman dengan NPL ( Non Performance Loan) dibawah nisbah 1.5% iaitu dibawah standard antarabangsa (2%).

Jika dilihat dari segi sejarah kita perlu peka yang AIM ditubuhkan bagi MEMBANTU GOLONGAN TERMISKIN untuk mendapatkan kemudahan kredit.

Golongan ini perlu mendapatkan bantuan@pinjaman bagi meneruskan kelangsungan hidup dan membangunkan ekonomi mereka.

Mereka ini tidak layak untuk mendapatkan pinjaman bank kerana tidak mempunyai aset untuk dicagarkan dan tidak mampu untuk memenuhi syarat teknikal perbankan yang ketat.

Saya mudahkan mereka ini adalah ‘GOLONGAN YANG DIPINGGIRKAN DARI SISTEM PERBANKAN.

AIM adalah satu-satunya agensi selain Lintah Darat seperti ALONG yang dapat membantu golongan miskin dengan syarat seminima ‘Hanya Kad Pengenalan dan Sahabat sebagai Penjamin’.

Kita juga perlu sedar segment golongan berpendapatan rendah B40 kini semakin melebar dengan kenaikan kos sara hidup yang terus meningkat dan hutang seisi rumah yang semakin tinggi.

Kita sepatutnya memberikan fokus untuk membantu golongan B40 ini yang jumlahnya hampir 12 juta orang dan bukannya menambahkan beban mereka dengan memansuhkan kewujudan agensi-agensi seperti AIM.

Pernahkah kita terfikir kemana nanti mereka ini akan mendapatkan bantuan kredit selain dari menjadi mangsa sembelihan Along.

Saya mewakili sahabat-sahabt saya di AIM dan juga golongan TERMISKIN memohon jasa baik pihak kerajaan untuk mempertimbangkan semula keputusan untuk membatalkan AIM.

Sekiranya ini adalah isu teknikal penubuhan dan pemerbadanan jadi janganlah rakyat yang menjadi mangsanya.

Jangan biarkan yang TERMISKIN TERUS PAPA dengan kesilapan dan isu-isu teknikal yang boleh diperbetulkan dan saya juga memohon Yang Berhormat, Yang Berhormat di parlimen tidak melihat isu ini dari darjat seorang menteri dan juga ahli politik tetapi lihatlah dari sudutpandang seorang rakyat biasa yang memerlukan bantuan.

KOMEN SAYA

1.AIM tidak perlu dibatalkan hanya kerana mereka melanggar Suratcara Ikatan Amanah dengan menubuhkan anak syarikat.

Kenapa anak-anak syarikat ini sahaja tidak dibatalkan atau di berikan pemilikan kepada entiti berasingan.

2.Kesan yang lebih besar seperti nasib golongan B40 dan golongan termiskin perlu diberikan keutamaan dan ekonomi mereka perlu diperkasa dan bukannya di bebankan lagi dengan memansuhkan agensi-agensi yang boleh membantu mereka hanya disebabkan kesalahan teknikal pemerbadanan AIM.

3.Sekiranya kerajaan terus berhasrat untuk memansuhkan juga AIM, nasib golongan-golongan termiskin ini perlu diberikan keutamaan dengan mewujudkan agensi-agensi yang dapat berfungsi seperti AIM terlebih dahulu sebelum AIM dimansuhkan dan bukanya dimansuhkan dahulu dan kemudian baru difikirkan bagaimana nasib golongan ini boleh dibantu.

SKIM BANTUAN LAIN
Apapun bagi sahabat-sahabat saya yang memerlukan bantuan kredit saya lampirkan juga skim-skim bantuan yang ada selain dari bank dengan harapan segala kesulitan yang kita hadapi akan dapat diringankan.

1. Skim-Skim dibawah KPWKM: Skim Bantuan Kanak-Kanak, Skim Bantuan Kebajikan JKM, Skim Bantuan Kewangan Bagi Golongan Ibu Tunggal:http://bit.ly/bantuKPWKM

2.Bantuan OKU http://bit.ly/bantuOKU Bantuan Warga Emas:http://bit.ly/bantuJKM

3.Disamping itu biasanya Kerajaan-Kerajaan Negeri di negeri masing-masing juga ada menyediakan bantuan bagi mereka yang memerlukan.

Note: Kerajaan sediakan dokumen mula prosedur pembatalan sijil AIM: http://bit.ly/batalAIM

Leave a Reply