LIHATLAH MAHATHIR

By December 9, 2018 Readers Opinion

Oleh THE WOUNDED TIGER

1.Perhimpunan ummah 8/12/2018 yang menyaksikan lautan umat Islam Melayu yang hadir telah benar benar memberi tamparan hebat kepada ego seorang pemimpin tua yang sombong bernama Mahathir.

2. Mahathir mungkin tidak terfikir bahawa usaha beliau selama berpuluh tahun dengan merosakkan hubungan sesama Melayu dana Islam (khasnya UMNO dan PAS) akan berkecai dalam sekelip mata.

Mahathir menjadikan UMNO dan PAS seteru kuat kerana beliau sedar bahawa penyatuan ummah di Malaysia akan menggagalkan usaha beliau untuk bèrkuasa kerana beliau bukanlah seorang yang mempunyai nilai nilai yang dicari dalam diri seorang pemimpin Islam.

Justeru beliau mengamalkan dasar pecah-belah-perintah supaya Melayu tidak bersatu atas nama Islam.

Beliau megambil jalan yang bersifat konrontasi terhadap para pemimpin PAS seperti Ustaz Fadzil Nor, Tok Guru Nik Aziz, Haji Hadi Awang dan ramai lagi.

3. Malahan Mahathir menggunakan media di bawah kawalannya untuk memberi imej yang amat buruk terhadap PAS dan para pemimpinnya kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Mahathir tidak punya sebarang simpati di lubuk hatinya ketika dia memusnahkan imej seseorang pemimpin termasuklah para ulama’.

4. Jelas sekali selepas beliau meninggalkan UMNO, umat Islam mula melihat bahawa ada sinar penyatuan dalam kalangan bangsa Melayu dan Islam di bumi bertuah ini.

Tetapi Mahathir tidak mungkin akan berpuas hati.

Dia mula menyerang UMNO dan cuba dengan segala kuasa yang ada padanya untuka memusnahkan UMNO supaya UMNO tidak dapat menentangnya.

Mungkin ungkapan yang bermain dalam fikirannya ialah “hancurkan UMNO sebelum mereka bergabung dengan PAS untuk memusnahkan aku!”

5. Bersedialah Mahathir kerana Melayu kini sudah mengenali siapa dirimu sebenarnya.

Leave a Reply