RM10.57 BILLION PELABURAN ASING LARI: BUKAN HANYA RAKYAT TIDAK PERCAYAKAN PERDANA MENTERI, MALAH PELABUR ASING JUGA

By December 9, 2018 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Apa sudah jadi kepada negara tercinta ini?

Sebelum PRU14, selama 9 tahun Malaysia ditadbir oleh Dato Seri Najib, rakyat hidup aman damai, hati tenang dan bangga dengan segala pencapaian hebat kita dalam ekonomi.

Setiap masa rakyat menantikan pengumuman-pengumuman menggembirakan tentang faedah-faedah yang diberikan oleh pihak kerajaan bukan sahaja kepada golongan B40, malah kepada golongan pekerja dan golongan peniaga.

Rakyat boleh buat harta dan menabung disamping tiada masalah besar dalam berbelanja.

Kini nak daftar tuition anak pun fikir dua kali. Apatah lagi nak kahwin dua!

Masing-masing terpaksa berhati-hati akan risiko buang kerja, inflasi, penarikan subsidi dan masalah sosial dan ketidaktentuan politik semasa.

NAMUN, jahatnya pihak pembangkang ketika itu apabila mereka meracuni pemikiran rakyat kononnya negara nak bankrap dan kononnya Perdana Menteri mencuri wang rakyat.

Hari ini apabila PH merampas kuasa secara fitnah, pembohongan dan makian, kehidupan rakyat semakin bercelaru.

Harga barang terus naik, bantuan rakyat dipotong dan banyak yang dihapuskan, pembangunan rakyat dihentikan dan projek jambatan bengkok seperti ular dibedil pula yang digah kan?

Lihat sahaja keadaan ekonomi Malaysia hari ini.

Kenapa pelabur-pelabur asing semua lari meninggalkan pasaran Malaysia?

Adakah kerajaan PH hari ini mahu menuduh semua pelabur-pelabur asing seluruh dunia ini ahli UMNO dan penyokong BN?

Ya, kedudukan eksport menunjukkan angka-angka yang memuaskan, tetapi ‘corporate earnings’ bagi syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia untuk suku ke-3 2018 sungguh menyedihkan.

Banyak syarikat gagal menambat hati pelabur. Mereka mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan mengucapkan selamat tinggal kepada pasaran Malaysia.

Bukan mudah untuk Dato Seri Najib membina keyakinan pelabur di era pentadbirannya namun beliau berjaya menjadikan Malaysia syurga kepada pelabur asing.

Kini tagline #RinduZamanTun telah bertukar menjadi #KembalikanEraNajib !

Kedudukan Ringgit yang lemah kini sepatutnya menjadi kelebihan kepada semua papan di Bursa Malaysia, terutama saham teknologi, namun ianya seperti terkena sumpahan.

Papan di Bursa Malaysia sudah seperti mahu mati, menunggu untuk dibacakan Yassin.

Head of Research di Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew dengan nada sedih dan kecewa memaklumkan bahawa year-to-date, setakat sekarang, net selling pelabur luar mencapai RM10.57 billion.

Maknanya, nilai penjualan saham oleh pelabur asing yang lari dari Malaysia dalam keadaan pening sudah menjangkaui RM10.57 billion, BUKAN RM2.6 billion.

Kerajaan Malaysia yang sibuk memfitnah tanpa henti berkaitan RM2.6 billion yang telah pun dipulangkan kepada penderma pada tahun 2013 lagi, namun yang benar-benar hilang adalah kerugian akibat kehilangan pelabur asing telah mencecah RM10.57 billion.

Semuanya kerana kerajaan PH hari ini bodoh seperti keldai!

Sibuk nak dakwa kerana Dato Seri Najib telah pulangkan derma konon. Tak ke gila namanya tu?

Dulu, telah berulang kali di bilang oleh Dato Seri Najib bahawa derma telah dipulangkan kepada penderma, tapi Tun Mahathir yang berusia 93 tahun tetap juga menyebut “hanya orang bodoh sahaja akan pulangkan derma”!

Hari ini siapa yang terbotol? Siapa yang bodoh sebenarnya? Dah jadi seperti Si Labu yang terjun dengan labu-labunya!

Mari kita lihat lebih lanjut keadaan hari ini.

Walaupun tinggal 20 hari untuk tirai 2018 dilabuhkan, langsung tiada tanda-tanda pelabur asing yakin semula dengan pasaran Malaysia.

Walaupun aliran masuk bersih dana asing tinggi pada minggu pertama Disember, namun ianya tetap tidak memberi kesan kepada pelabur yang hilang keyakinan ini.

Rekod kenaikan itu completely offset dek aliran keluar dana pelaburan yang sebesar RM10.57 billion tersebut.

Bukan hanya rakyat yang tidak percayakan Perdana Menteri, malah dunia antarabangsa juga sudah tidak percayakan Tun Mahathir lagi.

Leave a Reply