GAMBAR DIUBAH SUAI MENJADI FOTO BERSEJARAH PH, DIJUAL SETENGAH JUTA RINGGIT

By December 10, 2018 Editorials

Oleh Samad Hussein

APA mesej yang hendak disampaikan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) apabila sekeping foto yang dianggap sebagai gambar bersejarah dan dijual dengan harga setengah juta ringgit RM500,000) sebenarnya bukan gambar asli.

Itulah yang berlaku malam tadi. Sekeping gambar yang telah disunting dikatakan foto bersejarah pemimpin Pakatan Harapan dan telah dilelong pada harga RM500,000 pada Majlis Makan Malam Amal PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Foto tersebut didakwa sebagai gambar bersejarah kerana ia merupakan gambar yang dirakam pada sidang media pertama pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Gambar yang dirakam pada 10 Mei lalu iaitu sehari selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan telah diedit itu dikatakan telah dibeli oleh seorang pembida tempatan selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM100,000.

Berita penjualan gambar berkenaan dilaporkan oleh media tempatan dengan tajuk ‘Foto bersejarah pemimpim PH dilelong pada RM500,000’.

Sejurus selepas itu, gambar asli telah ditularkan di media sosial. Dalam gambar asal tersebut kelihatan wajah seorang lelaki tersenyum riang menampakkan gigi sambil melambai ke arah jurugambar. Dia berada betul-betul di belakang Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Gambar asli tu didakwa hasil karya jurugambar BERNAMA.

Wajah lelaki yang tersenyum riang itu telah ‘hilang’ daripada foto yang dijual pada harga setengah juta ringgit itu.

Tindakan membuang gambar lelaki tersebut dianggap sebagai merosakkan nilai sejarah dan sekaligus menjatuhkan nilai karya gambar berkenaan yang tidak sepatutnya dijual pada harga setengah juta ringgit.

“500k. Dahlah orang belakang kena buang. Sedih tengok pic news ‘bersejarah’ macam ni senang-senang dirosakkan. Kesian tengok kawan-kawan yang bergasak sesama sendiri untuk sekeping gambar. Hasilnya nilai karya jadi kosong. Kalau betullah gambar yang sepadan dengan yang dilampirkan. Aku akan delete post aku ini. Kepada tuan pemunya gambar, mohon tabah. AKu faham kau bro,” tulis Palie Larh dalam satu hantaran di Facebook beliau.

“Foto sejarah siap kena tacap, pastu lelong 500k? Peerghh. Ini kalilah. Kanina,” komen Djohn Shahrin pada hantaran tersebut.

“Yang ambil gambar ini dapat bonus ke tak? Curious aku nak tau. Dia lelong juta-juta gambar orang tapi owner dapat apa?” tanya Noor Haleza Zainuddin.

Gambar berkenaan adalah sebahagian gambar pemimpin PH yang dilelong pada Majlis Makan Malam Amal PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi yang mengutip jumlah keseluruhan RM1.22 juta.

Leave a Reply