TABUNG HAJI: TIADA KECURIAN DIDEDAHKAN

By December 10, 2018 Editorials

Oleh SYED AGIL JAMALULLAIL

Sidang Media pendedahan dakwaa berlakunya penyelewengan dalam Tabung Haji oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa hari ini agak hambar apabila tiada pendedahan pencurian atau rompakan yang didedahkan olehnya.

Mujahid hanya mengumumkan pemberian hibah Tabung Haji lalu bercanggah dengan Akta Tabung Haji kerana aset kurang daripada liabiliti (aset RM70.3 bilion, liabiliti RM74.4 bilion)

Tuduhan skandal Tabung Haji agak aneh sebab Pak menteri, seolah-olah tidak berpuas hati kerana makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang menyimpan duit di Tabung Haji mendapat hibah sejak tahun 2014 lagi.

Lebih menarik, pelan menyelamatkan Tabung Haji melibatkan penjualan aset Tabung Haji kepada sebuah syarikat SPV yang lain. Malah, ia membuka kepada persoalan yang lebih besar.

Adakah ini merupakan jalan untuk kerajaan sekarang menghalalkan penjualan aset-aset Tabung Haji yang diperoleh dengan menggunakan kuota bumiputera di dalam pasaran ekuiti?

Sidang media tadi amat melucukan. Mungkin Pak Menteri sejak kebelakangan ini agak sendu daripada dada-dada akhbar dan media digital serta media sosial kerana isu yang tiada, perlu diada-adakan agar nama Pak Menteri tidak dilupakan.

Pesanan penaja, Pak Menteri jangan ghairah mencari publisiti. Takut nanti makan diri sendiri.

Leave a Reply