“THOSE WHO LIVE BY THE SWORD DIE BY THE SWORD”

By December 10, 2018 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2001 ada menyebut dengan jelas ungkapan “Those who live by the sword, die by the sword”.

Ia adalah ungkapan yang terdapat dalam Latin Bible di dalam Gospel of Matthew, chapter 26, verse 52, yang menceritakan bagaimana seorang pengikut Jesus menarik pedangnya dan memotong telinga hambanya. Jesus kemudiannnya berkata, “Converte gladium tuum in locum suum.”

Apakah maksudnya?

Seseorang yang hidup dengan dendam dan kezaliman akan dibalas dengan kesakitan dan penderitaan yang sama dialami oleh mangsanya ditangan orang yang sama berdendam dan zalim sepertinya.

Menitis garis masa dari awal pembabitan Tun Mahathir dalam politik selama 71 tahun sepertimana yang pernah disebut oleh beliau dalam Perhimpunan BERSIH 5, saya percaya roda itu kini berputar menghampiri pusingan di mana ia bermula.

Ia adalah kitaran masa yang begitu panjang dan hikmah Allah itu akan datang kepada hambaNya dalam masa dan ketika serta cara yang paling tak terduga dek pemikiran insan.

Tun Mahathir pernah menulis puisi Melayu Mudah Lupa pada tahun yang sama dan diungkapkan oleh beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO yang sama pada tahun 2001.

Tun Mahathir mengulangi ayat Melayu Mudah Lupa sebanyak 15 kali dalam puisinya, kebetulan sama pula dengan tempoh 15 tahun beliau bersara sebelum kembali menjadi Perdana Menteri ke-7.

Saya pernah menyebut dalam tulisan saya pada 10 Mei 2018 bahawa Tun Mahathir tidak memenangi PRU14, sebaliknya beliau hanya dikurniakan bala oleh Allah pada usia 93 tahun.

Kini pemerintahan Tun Mahathir tersepit antara mempertahankan kerusi Perdana Menteri, cita-citanya untuk mengangkat Mukhriz sebagai Perdana Menteri, kuasa 42 kerusi DAP, kelicinan strategi Azmin Ali dan cita-cita musuh lamanya Anwar Ibrahim untuk menjadi Pardana Menteri setelah menunggu 20 tahun keluar masuk penjara.

Saya percaya ramai rakyat Malaysia seperti saya yang membesar di era pentadbiran Perdana Menteri ke-4.

Saya mengagumi dan menyayangi Tun Mahathir dengan seluruh jiwa dan raga.

NAMUN hikmah Allah itu sentiasa bersama insan-insan yang ikhlas dan jujur dalam perjuangannya.

Ya saya terhutang budi kepada Tun Mahathir kerana perjuangan saya bersamanya pada tahun 2015 dan 2016 telah memperkenalkan saya ke pentas politik tanahair dengan serta merta.

Walaubagaimana pun ia tidak datang dalam hanya kemanisan, ada pahit yang perlu saya telan.

Kerana perjuangan itulah saya mengenali Tun Mahathir dan segala kegobrokan pemerintahannya.

Kerana perjuangan itulah saya mengambil inisiatif untuk menyelongkar sejarah pemerintahannya.

Duduk di tempat saya maka anda akan merasai kekecewaan dan kesakitan yang perlu saya tanggung apabila mengetahui kebenaran demi kebenaran yang menghiris hati anak Melayu yang selama ini begitu mengasihibdan menyayangi beliau umpama ayahanda sendiri.

Bagaimana perasaan insan yang menyayangi sepenuh hati dan percaya dengan sepenuhnya ini, tiba-tiba hancur sekelip mata.

Kesakitan yang saya tanggung bukan kepalang dan saya percaya saya tidak keseorangan.

Saya menulis dengan berhati-hati dan penuh tanggungjawab kepada Allah kerana saya bimbang ada terdetik niat jahat di hati saya tatkala saya meniti dari satu ayat ke satu ayat ini kerana saya percaya yang baik akan dibalas baik, yang buruk akan dibalas buruk.

Tanya saya pada hari ini, ya saya tetap menyayangi Tun Mahathir kerana jasanya tetap berada di dalam diri saya.

Sungguhpun begitu, hukum hidup bernegara tidak mengizinkan saya untuk meletakkan perasaan kasih itu melepasi tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara.

Saya perlu katakan bahawa setiap langkah kegagalan dan kelemahan pemerintahan Tun Mahathir hari ini yang di hujani kritikan dan bantahan luar biasa dari jutaan orang Melayu membuka hijab dan pekung 71 penglibatan beliau dalam politik.

Benarlah sebagaimana doa Allahyarham Ustaz Fadzil Nor yang memohon kepada Allah supaya Tun Mahathir dipanjangkan usia untuk melihat sendiri kerosakan yang ditinggalkannya.

Tun Mahathir kini melihat kerosakan yang ditinggalkan nya sebaik menubuhkan PPBM dan menyertai PH untuk menjatuhkan UMNO dan kononnya bagi membaiki kesilapan yang pernah beliau lakukan dahulu.

Dr. Mahathir meninggalkan kerosakan dan kini kerosakan yang ditinggalkan beliau ingin diperbetulkan sebagai Perdana Menteri ke-7 di bawah kerajaan PAKATAN HARAPAN.

Malangnya, Tun Mahathir membawa virus yang dihidapinya untuk merawat penyakit yang beliau sendiri tanam di kalangan pemimpin PH yang sememangnya sudah nazak dengan pelbagai virus yang juga merbahaya!

Tun Mahathir sepatutnya merawat virus di dalam dirinya terlebih dahulu sebelum mengubati penyakit yang disebabkan oleh beliau sendiri!

Perpecahan di dalam PH itu disebabkan oleh hajat besar Tun Mahathir untuk meletak Mukhriz sebagai Perdana Menteri disamping terus menyuap anak-anak serta kroninya dengan sifat ketamakkan.

Sifat dendam pada orang yang tidak mendengar cakapnya dan kekejaman terhadap parti UMNO itu dihalalkan dengan usahama beliau bersama musuh bangsa Melayu yang mahu menjahanamkan bangsa.

Saya tidak berkesempatan untuk menyenaraikan segala dosa Tun Mahathir sepanjang pemerintahannya atau mungkin lebih tepat dari awal merdeka hingga saat ini.

Ia akan ditulis oleh saya atau penulis lain di kesempatan lain.

Apa yang penting bukan niat saya untuk mengaibkan seorang Perdana Menteri yang setengah abad lebih tua dari saya.

Saya mahu Tun Mahathir sedar dan mencari jalan untuk memperbetulkan segala kerosakan tersebut dan kembali ke pangkuan rakyat supaya Tun Mahathir tidak menoktahkan hidupnya dalam sejarah yang terlalu buruk untuk dibaca mungkin 100 tahun dihadapan.

Leave a Reply