KADUK NAIK JUNJUNG KINI UMPAMA TELUR DI HUJUNG TANDUK

By December 11, 2018 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PPBM dengan gahnya bertanding 52 kerusi. Pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjangkakan PPBM akan sapu bersih semua kerusi yang disandang UMNO dan sekali gus menjadi parti dominan dalam PAKATAN HARAPAN.

Tun Mahathir tidak sedar bahawa kerusi-kerusi yang ditandingi DAP adalah deposit kukuh mereka. Sementara kerusi yang ditandingi PPBM pula adalah kerusi-kerusi pasti kalah dan ‘atas pagar’.

Seperti kata Tun Mahahtir, ‘Melayu Mudah Lupa’, Tun Mahathir juga mudah lupa. Beliau lupa bahawa DAP lebih mahir dalam membaca kerusi sebagai pembangkang manakala Tun Mahathir pula baharu nak jadi pembangkang.

Apa jadi?

1. PKR memperoleh 49 kerusi parlimen daripada 71 yang bertanding (69 peratus)

2. DAP memenangi 42 daripada 47 (89 peratus)

3. PPBM memenangi 13 daripada 52 (25 peratus)

4. PAN memenangi 11 kerusi daripada 34 kerusi dipertandingkan (32 peratus)

5. Warisan (Sabah) pula memenangi 8 kerusi daripada 17 kerusi dipertan­dingkan (47 peratus)

Akibatnya Tun Mahathir cuak dan pucat lesi sehingga berjaya mendesak upacara angkat sumpah jawatan Perdana Menteri walaupun dilakukan pada waktu malam.

Sekurang-kurangnya, ambil dulu kerusi Perdana Menteri. Tun Mahathir pada masa itu, just want to secure his Prime Ministers title and assume office formally so that he could take control (sekadar mahu memastikan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam genggamannya dan beranggapan, secara rasmi, beliau berkuasa).

Ngeri dengan hakikat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bebas dari penjara, Tun Mahathir segera membuat keputusan terdesak dengan melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan walaupun pecah kepala berfikir, bagaimana orang seperti ini boleh memegang jawatan penting dalam kabinet. Maaf, saya perlu berterus terang walau bunyi kedengaran agak kasar.

Nasib bangsa lebih penting dari pelantikan dua tiga individu dan seterusnya melantik Datuk Seri Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun semua tahu bahawa beliau tidak memegang potfolio penting dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Tun Mahathir juga perlu menyerahkan institusi kehakiman dan Jabatan Perundangan kepada parti DAP termasuk speaker.

Tidak cukup itu, Tun Mahathir segera memecahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan melantik kem Azmin Ali masuk di dalam kabinet dan menyejuk-bekukan kem Anwar Ibrahim. Secara tidak langsung, ia memberi impak melemahkan pergerakan PKR.

Inilah persediaan awal Tun Mahathir bagi memastikan DAP, AMANAH dan kem Azmin Ali berada dipihaknya sebelum Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.

Seperti seekor singa lapar, Anwar kemudiannya dibebaskan dari penjara, terus bertindak pantas melawat Raja-Raja Melayu sehinggakan tentera cytro Tun Mahathir bertubi-tubi menyerangnya dalam skala besar di media sosial termasuklah isu jet kerajaan.

Malah Tun Mahathir turut menyebut Anwar Ibrahim boleh bercakap tetapi sebagai rakyat biasa.

Sementara itu, manusia bertopeng, Tun Daim Zainudin terus mengeluarkan kenyataan menghentam Anwar Ibrahim sambil dengan lantangnya mengatakan serta mengesahkan, Anwar Ibrahim tidak relevan.

Namun Anwar tidak mengalah. Beliau bukan sahaja melawat pemimpin reformasi Indonesia dan Turki yang merupakan sekutu politiknya malahan mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir perlu pantas mengikat kasih sayang rakyat padanya dengan menjadikan dirinya sebagai hero yang menyelamatkan Malaysia.

Maka Dato Seri Najib Tun Razak menjadi mangsa, dibuli dengan pelbagai kisah sinetron di rumahnya, di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di mahkamah dan di rumah bondanya.

Tidak cukup setakat itu, diumumkan pula negara kita yang tercinta ini bakal bankrap kerana hutang RM1trillion dan dilancarkan Tabung Harapan.

Tujuannya adalah untuk rakyat bertambah sayang kepada Tun Mahathir. Maklumlah, siapa yang tidak kasihan kepada Atok 93 tahun yang berkorban untuk anak cucu. Ya.. sayang anak ditangan-tangankan, sayang bini ditinggal-tinggalkan. Sayang Atok… Huhuhu…

Tun Mahathir dan setan kecil iaitu manusia bertopeng tahu mereka diambang bahaya sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen maka strategi atau plan B perlu segera digerakkan dan diaktifkan dalam mode pantas.

PPBM perlu segera mencuri 55 kerusi yang dimenangi UMNO. Masalahnya, mereka susah hendak mencuri kerusi-kerusi UMNO ini.

Jadi, apa Tun Mahathir lakukan?

Mengugut Ahli Parlimen UMNO dengan Akta AMLA. Mereka yang takut dipenjarakan akan segera umum keluar parti dan sertai PPBM.

Pecahkan UMNO dengan menyuruh Khairy Jamaluddin (KJ – the tall, dark, handsome YB) bertanding Presiden parti selepas KJ meminta Tengku Razaleigh Hamzah (KuLi) bertanding jawatan tersebut. Apabila KuLi masuk, barulah KJ mencalonkan dirinya.

Tun Mahathir berfikir, keadaan tiga penjuru akan memberi kelebihan atau advantage kepada KJ. Akan tetapi Tun Mahathir mudah lupa bahawa orang-orang UMNO tidak boleh terima budak muda liberal yang memusuhi dan menikam belakang mantan Bosnya, Dato Seri Najib seperti KJ.

Apabila KJ kalah, Tun Mahathir terus memperbodohkan KJ untuk merosakkan UMNO dari dalam sedangkan Tun Mahathir tiada niat pun untuk berlaku baik terhadap KJ. Entah KJ sedar atau tidak bahawa dia diperbodohkan. Jangan harap KJ boleh diterima majoriti UMNO apabila dia bersekongkol dengan Tun Mahathir untuk menghentam pemimpin paling berpengaruh dalam UMNO, Dato Seri Najib. Itu tindakan paling tidak cerdik KJ selama ini. Strategi makan tuan.

Sebenarnya bukan KJ seorang sahaja yang bertindak kurang cerdik. Ada beberapa lagi malaun yang dipergunakan oleh Tun Mahathir atas nasihat Daim Zainudin. Ini termasuklah usaha menjatuhkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan menguasai UMNO dari dalam. Namun usaha itu setakat ini, tetap gagal.

Sebelum itu, Tun Mahathir atas nasihat manusia bertopeng itu, menggunakan malaun-malaun dalam UMNO untuk menawarkan jawatan dalam kabinet dan keselamatan serta perlindungan dari didakwa di bawah AMLA termasuk peluang kontrak perniagaan sekiranya berada dalam kerajaan bagi menarik sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen UMNO.

Bagaimana pun, DAP berjaya menghidu strategi Tun Mahathir dan berpendapat, UMNO perlu terus wujud tanpa pengaruh Tun Mahathir bagi memastikan Atok Madey ini tidak naik tocang. Mereka mahu Tun Mahathir terus berada di bawah tawanan mereka.

Peristiwa Perhimpunan Bantah ICERD adalah kesilapan DAP dan Tun Mahathir sendiri. Ia memberi khabar buruk bagi keseluruhan PH.

Namun, yang paling terduduk adalah Tun Mahathir sendiri kerana sudah pasti tiada Ahli Parlimen UMNO yang sanggup diganyang tiga suku nyawa oleh orang-orang Melayu pada PRU-15 nanti.

Maka benarlah ungkapan Tun Mahahtir dalam perhimpunan Agung UMNO 2001 “THOSE WHO LIVE BY THE SWORD DIE BY THE SWORD”.

Leave a Reply