SIAPA PENIPU, SIAPA KENA TIPU

By February 12, 2019 Editorials

GAMBAR/GOOGLE

Oleh ISHAM JALIL

Pengenalan yang diberi kepada geng-geng Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum yang lalu amatlah tinggi melangit.

Si polan memiliki sijil itu dan ini, pemegang ijazah itu dan ini.

Ketika pengenalan itu dibuat di hadapan khalayak, ada betulnya kerana mereka hanya pegang sijil dan kertas ijazah. Itu tidak bermakna mereka ni semua perah otak belajar sehingga sijil atau kertas ijazah yang dipegang itu adalah hak batil mereka.

Lagipun, propaganda berkempen semasa pilihan raya, mestilah kena up dan kena jack tinggi-tinggi.

Dan yang diangkat dan dijulang pun tak kata apa dah. Jauh sekali nak perbetulkan fakta. Oh ya. Mereka memang kaki auta!

Mari kita baca kata-kata yang dikeluarkan oleh pemimpin defacto PKR terhadap pemimpin wanita Pakatan Harapan ini.

“Tokoh wanita yang digeruni oleh Shahrizat Jalil.

“Yang mengikuti.

“Management Excellence Program AIM Filipina.

“Ijazah Sains Sosial Universiti Singapura.

“Marketing Research Advanced Program Taiwan sebab dia banyak vokal soal lembu punya.

“Tokoh wanita berani, memimpin Wanita Keadilan dan saudara kenal sebagai Ahli Parlimen Ampang yang berjaya.

“YB Zuraidah binti Kamaruddin.”

Di atas adalah kata-kata yang keluar dari mulut Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berucap pada majlis memperkenalkan calon-calon pilihan raya kepada rakyat sebelum pilihan raya.

Memang tidak boleh nak bayangkan semasa hendak bertanding pilihan raya, pun dah menipu.

Tidak menghairankanlah puak-puak ni menang pilihan raya sebab menipu.

Dah menang pun menipu lagi dan lagi.

Apabila terbongkar penipuan, tetap menipu lagi.

Tak serik-serik menipu puak-puak ni. Sama naik dengan pusingan-U yang mereka buat.

Atau kali ini, dia nak kata Anwar yang menipu. Bukan dia!

“Tokoh wanita yang digeruni oleh Shahrizat Jalil.“Yang mengikuti… “Management Excellence Program AIM…

Posted by Isham Jalil on Monday, February 11, 2019

Leave a Reply