NAK LEPASKAN IKAN KE SUNGAI PUN KENA ADA AKTA

By February 23, 2019 Editorials

GAMBAR/GOOGLE

Oleh WAKLU

Semakin lama semakin mengarut menteri Pakatan Harapan nilah.

Benda yang bukan-bukan aje keluar dari otak mereka dan diterjemahkan sebagai idea yang bernas kononnya.

Benda yang nak buat, janganlah menyusahkan rakyat khususnya golongan yang mencari pendapatan daripada sumber alam.

Nasib nelayan dan petani hari ini umpama sudah jatuh ditimpa tangga.

Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani terfikir pula nak meminda dan mencadangkan akta baharu pula.

Akta itu nanti menghalang kegiatan melepaskan ikan daripada spesies larangan ke sungai, tasik dan lombong di seluruh negara.

Haaa. Amik. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub mesti tanya golongan yang bakal terjejas dan terkesan andaikata akta yang mahu dilaksanakan itu praktikal atau tidak.

Pak Menterinya terlebih dahulu perlu dapatkan maklumat atau gambaran jelas daripada agensi pertanian yang bertanggungjawab.

Walaupun nak sekat spesies ikan larangan daripada dilepaskan ke kawasan tertentu, asalkan tak menyusahkan golongan nelayan, buatlah akta apa pun.

Leave a Reply