OH! PH NAK TIPU LAGI PASAL TOL

GAMBAR/GOOGLE

Oleh NAJIB RAZAK

Bagi sesiapa yang menggunakan tol seperti sedia kala, tetap bayar harga sama ya tetapi dijenamakan semula sebagai caj kesesakan.

Tol dicadangkan untuk dihapuskan hanya dari 11 pm hingga 5 pagi.

Ini bermakna kalau tak nak bayar tol, sila bangun pukul 4 pagi dan pergi kerja 5 pagi.

Lepas kerja jangan balik dulu, tunggu sehingga 11 malam, baru balik.

Lim Guan Eng bukan suka kaji berapa ramai yang guna UTC?

Kenapa tak kaji berapa ramai pergi kerja 5 pagi dan balik 11 malam?

Kata nak bantu kurangkan kos sara hidup.

Saya juga nak tegaskan bahawa Gamuda Bhd dimiliki oleh rakyat melalui KWSP, Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Amanah Saham Bumiputera, KWAP dan sebagainya.

Ini bermakna, dia nak guna duit pelaburan rakyat untuk membeli konsesi tol.

Konsesi tol ini terletak di Kuala Lumpur sahaja.

Sudah tentu ini tidak akan memberi apa-apa pulangan kepada pelaburan rakyat Malaysia.

Sudah tentu juga ia tidak adil kepada pencarum dari luar Kuala Lumpur.

Para pekerja konsesi-konsesi tol, juga perlu mula risau.

Kestabilan pekerjaan mereka kini tergugat.

Saya yakin akan ada sebilangan besar yang akan kehilangan nafkah hidup dengan langkah ini.

Siapa yang ajar teori hapus tol ini? Maszlee ke?

Leave a Reply