KETAWA PENAWAR DUKA: ANEKDOT TOL

By February 25, 2019 Editorials

GAMBAR/GOOGLE

Oleh SAMAD HUSSEIN

Berikut anekdot berkaitan tol di Malaysia. Ketawalah kerana ketawa itu penawar 1001 macam penyakit.

1. “Ada 2 lagi tol aku kena lalui untuk sampai ke ofice di Putrajaya… damn it. Come on Najib #SaveMeRm6aDay.” – Syed Soddok, Twitter. 27 Okt. 2017.

2. “Membayar tol akan menjadi kenangan pahit yang pastinya akan dilupakan. Perjalanan anda selepas ini akan lebih bertambah meriah dengan gelak tawa. Tuntut janji ini dari kami selepas Pakatan Harapan menang. Janji #6: Menghapuskan kutipan tol.” – Dr. Black Shoes, Facebook. 23 April 2018.

3. “Hapus tol rakyat jimat RM5 bilion setahun”- Lapiji Lamli. Facebook 7 APril 2013.

4. Maszeleeiii berbual dgn isteri. Husband: Sayang, I balik lewat pukul 11 malam ni. Wife: kenapa? Husband: Sebab nak kena lalu tol. Wife: Dah jangan nak menipu, kita duduk Simpang Renggam, mana ada tol sekarang.

5. Antara ayat mahacai yang famous untuk bekap isu tol. “Inilah masanye kita gunakan kemudahan awam yg sedia ada.” Punde! Pegi masuk gua balikk!

6. “Dengan ini saya sahkan bahwa tindakan kerajaan ini merupakan maqasid syariah.”-AJK Mahacai Cawangan Simpang Renggam.

7. “Adakah orang yang menggunakan lebuh raya pada waktu berkenaan semuanya pemabuk? Pembangkang jangan lupa, ada orang yang bekerja syif malam.” – Anthony Loke. Malaysiakini. 25 Feb. 2019.

8. Toll free 11pm – 5am, Nite shift worker punch in 7 pm (on the road 6pm – toll bayar. Punch in 11 pm (on the road 10pm – toll bayar). Punch out 7 am (on the road 8 am – toll bayar). Apa yg free?

9. “Selain dari kaki botol dan pekerja syif malam… Mereka yang lain masih boleh turut menikmati tol percuma ketika sedang dibuai mimpi!”

10. “Bagus kerajaan PH, hapuskan AES dan ganti dgn AWAS. Menghapuskan TOL dan ganti dengan TOLOL.”

11. “Kau kena faham min. Pondan kan suka balik waktu-waktu subuh. Sebab tu free kan tol 11pm – 5am dia nak permudahkan perjalanan pergi dan balik anggotanya tu.”

12. Lepas ni boleh la nyanyi lagu, “Berkhemah…berkhemah..berkhemah… dengan si Nopal… si Nopal… si Nopal…anaknya Bahenol… Bahenol… Bahenol… Bahenolllll pulangnya dekat pagi hari..”

13. Dimaklumkan bagi tol yg terpilih, anda melalui tol tersebut secara percuma.Nak keluar tol sebelah sana nanti baru bayar ya.

14. “Hapuskan tol Khas utk pekerja kelab malam dengan orang mabuk dengan mat rempit. Hapus tol ka tolol??”

15. Cara-cara nak dapatkan tol free di Lembah Klang. 4 pg bangun. 4.30 pg keluar rumah. 4.50 pg masuk. 5.20 pg sampai surau. 6.00 pg solat subuh. 6.30 pg sarapan tunggu opis buka. 8.00 pg kerja sampai pukul 5 ptg. 5.00 ptg Lepak sampai pukul 10.45 mlm. 11 malam sampai pintu tol. 11.30 malam sampai rumah. 11.45 Mandi. 12.00 Tengah malam ushar-ushar bini. 1.00 pg tidur. Kemudian mula rutin balik. Sampai la Abg Jamil mampus!! P.Ramlee- Madu Tiga

16. “Tol dicadangkan untuk dihapuskan hanya dari 11 malam hingga 5 pagi. Ini bermakna kalau tak nak bayar tol, sila bangun pukul 4 pagi dan pergi kerja 5 pagi. Lepas kerja jangan balik dulu, tunggu 11 malam baru balik.”

17. “Jangan menekan-nekan. Kau pacak khemah sebelum plaza tol ngam pukul 4.59 pagi kau lalu free la bhai. Kerajaan dah tunaikan manifesto kau nak apa lagi. Hari tu manifesto cakap nak hapus tol. Tapi dia tak cakap waktu jam berapa dia nak free kan. Sekarang dia dah tunai manifesto. Sibat.”

18. “Alhamdulillah. Saya selaku Presiden penunggang basikal lajak daerah Banting mengucapkan jutaan terima kasih kerana mengurangkan beban kami untuk konvoi basikal lajak ke dataran setiap malam minggu.”

19: Suami: Sayang abang kena balik lewat la. Isteri: Kenapa pulak bang overtime ke? Meeting ke? Abang jangan macam-macam. Suami: Ehhhh. Takdela, kalau balik tgh malam tak payah bayar tol. Isteri: %$##*&.

20. “Alhamdulillah istilah tol dah mansuh. Yang ada hanya istilah caj kesesakan. Maka tertunailah manifesto.
Sungguh baik dan bijak menteri PH. Rahmatan lil alamin.”

Anekdot ini dikutip dari ruangan komen di Facebook hasil luahan “gembira” netizen terhadapan CADANGAN kerajaan untuk menghapuskan tol di empat konsesi dari pukul 11 malam hingga 5 pagi.

Leave a Reply