PH TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI, MEMBONTOTI DATUK SERI NAJIB

By February 25, 2019 Editorials

Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perhatian rakyat, menjadikan PH panas membara.

Oleh WAKLU

Setiap persinggahan Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan sahaja mendapat perhatian orang ramai tetapi menjadi perhatian Pakatan Harapan.

Panik dan tunggang langgang jadinya orang-orang PH ni apabila mengekori dari belakang Datuk Seri Najib. Kalau ikut bahasa orang dulu-dulu, membontot aje kerja kau ya!

Ke mana sahaja, di mana sahaja sepasang kaki Datuk Seri Najib berjalan, pasti mahacai-mahacai dan pemimpin PH jadi panas dan kepanasan.

Apabila Najib pergi ke Tesco Semenyih untuk beli barang-barang keperluan, barang dapur, lintang pukang PH berlari.

Time-time tu jugalah pemimpin PH umumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) dihulurkan untuk orang bujang.

BSH untuk orang bujang ni pula, kalau dihitung semula perolehan, umpama kata Datuk Seri Najib, 27 sen sehari. Jadilah.

    LEBUH RAYA LDP -GAMBAR/GOOGLE     

Apabila Datuk Seri Najib turun ke Semenyih, PH pun umumkan cadangan nak bagi tol free tetapi hantu mana yang akan lalu kat lebuh raya antara pukul 11 malam sehingga 5 pagi?

Kata Datuk Seri Najib lagi, time itu adalah time orang tidur. Tak kan itupun pemimpin PH ni tak faham.

Oh ya tak ya. Pemimpin-pemimpin PH tak tidor sepanjang malam. Sebab memikirkan, “Apa lagi budak Najib ni nak buat”?

Jelas dan nampak ketara PH ni takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.

Minggu lepas, hari Jumaat, apabila Datuk Seri Najib singgah kat UKM untuk solat Jumaat, PH terus umum, pelajar IPTA akan dapat bantuan RM100. Wah! Lagi 27 sen sehari. Ok la. Budak-budak mana boleh pegang duit banyak-banyak. Itu dialog filem P.Ramlee, Haji Bakhil punya dialog.

Ini belum lagi Datuk Seri Najib pergi ke UiTM. Kalaulah Datu Seri Najib corner pula ke UiTM, siapa taukan, pemimpin PH tiba-tiba kembalikan diskaun PTPTN, bagi biasiswa MyBrain kan?

Memang lawak antarabangsa apabila baling belakang (throw back) semasa Datuk Seri Najib pergi ke Cameron Highlands beli stawberi.

Macam lipas kudung Lim Kit Siang panik dan janji blueprint, janji bagi kerakyatan penuh orang asli. Sekarang dah diam.

Ha! Tepuk!

Selepas ini, ramai-ramailah jemput Datuk Seri Najib ngopi, ngeteh, pergi pasar malam beli barang dan boleh beli gak apak balik.

Kata Datuk Seri Najib lagi, nanti kalau beliau ada masa, beliau nak check balik buku manfiesto Harapan bukan kitab suci itu.

Kata Datuk Seri Najib, beliau nak check jika benar manifesto mereka janji bahawa tol hanya dihapuskan pada waktu kita tidur.

Mana tau, ada yang terselit dalam manifesto Pakatan bukan kitab suci tu, ditulis, bagi tol free waktu orang tengah syok tidur.

Atau pun, kata Datuk Seri Najib lagi, janji mereka (PH) tentang pembasmian kutipan tol ialah untuk jenamakan semula caj tol menjadi caj kesesakan pada kadar yang sama.

Apa beza antara caj tol dengan caj kesesakan kalau pagi tadi, pergi kerja, lalu kat tol, tetap kena bayar RM1.30 sehala.

Datuk Seri Najib kata lagi, siapa yang ada sedikit masa, boleh tolong beliau check juga.

Check jangan tak check. Check mana-mana yang patut.

Leave a Reply