RAKYAT MESTI MATANG, KERAJAAN BIARLAH KEANAK-ANAKAN

By February 26, 2019 Editorials

GAMBAR/GOOGLE

Oleh AHMAD AL WARNI

Sebenarnyakan, bab tol tak boleh nak dipolitikkan sebab semuanya ada kepentingan di dalam tu.

Kepentingan siapa? kepentingan kita sebab dalam konsesi lebuh raya ada beberapa kepentingan awam yang Datuk Seri Najib Razak (DSNR) telah belikan untuk rakyat di zaman pemerintahannya.

Antaranya KWSP, KWAP, LTH, dan ASB.

Itulah, PH/PR sudah memainkan isu tol lebih kurang 15 tahun dalam usaha mahu merampas tampuk pemerintahan.

Mereka masuk jerat yang mereka tahan sendiri. Jerat itu telah mengena pada tuannya. Bukan kepada Najib atau BN lagi.

Kita jangan lupa bagaimana DSNR mahu mengurangkan beban pengguna-pengguna lebuh raya yang mereka terpaksa menjadikan aktiviti ulang-alik ke tempat kerja melalui tol-tol bandar sebagai rutin di mana terdapat beberapa tol dimansuhkan iaitu :

1. Tol Batu 3 Lebuh Raya Persekutuan
2. Tol Sungai Rasau
3. Tol Bukit Kayu HItam
4. Tol Eastern Dispersal Link Johor
5. Tol Jambatan Sallehuddin Kuching – Dipujuk Arwah Tok Nan
6. Tol Jambatan Lanang Sarawak – Dipujuk Arwah Tok Nan
7. Tol Batu 9 Cheras
8. Tol Batu 11 Cheras

Dan terdapat juga cadangan-cadangan dari rakyat agar kerajaan membayar pampasan kepada konsesi-konsesi tol dalam bandar yang sentiasa didengari oleh DSNR, bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan.

Walau bagaimana pun tol- tol perjalanan jauh tidak dimansuhkan memandangkan ianya tidak dilalui setiap hari oleh rakyat kebanyakkan pada hari bekerja. Itu pun diberi diskaun oleh kerajaan pada musim perayaan.

Oleh kerana rakyat tamak dan menjangkakan Pakatan Harapan (PH) menerusi propagandis mereka dari DAP yang ada formula ajaib menghapuskan tol maka mereka memilih PH menjadi kerajaan sekarang.

Sudahnya janji tidak dapat ditepati.

Maka taichi mentaichi pun bermulalah.

Jika tidak kait dengan hutang negara maka dikaitkan dengan 1MDB.

Paling tidak boleh blah adalah hal beg Datin Seri Rosmah juga boleh diungkit jika mereka kehilangan jurus sepoi-sepoi taichi mereka.

Sebenarnya ia begitu mudah untuk PH menepis semua ini.

Mengaku saja dalam konsesi-konsesi tol ini terdapat kepentingan awam yang kita semua ada kepentingan di dalamnya.

Kita tak mau dividen KWSP kita sikit.

Kita juga tak mau hibah (TH) haji sikit.

Begitu juga kita tak mahu ASB kita sendu di awal tahun.

Maka sebagai pemegang saham, kita kena juga bayar tol-tol ini.

Sudahlah kita tidak kutip GST, pelabur asing lari, outlook merudum dan deflasi.

Manalah kerajaan ada duit nak tebus semua syarikat-syarikat tol ini.

Sebenarnya ini adalah penerangan ringkas yang utuh.

Tidak perlulah kejap nak kutip tengah malam la, kejap diskaun 30 peratuslah, kejap kutip kerana cas kesesakan lalu lintaslah.

Jika tidak mampu, katakan tidak mampu.

Taichi tara manapun, rakyat sudah semakin cerdik setelah pertama kali bertukar kerajaan dalam tempoh 60 tahun.

Apa itu Malaysia baru kalau perangai tu tetap yang lama.

Perangai seperti hangpa masih pembangkang 60 tahun. Wake Up Malaysia!

Saya ada satu pegangan. Let them jadi kerajaan dan kita menilai.

Ini adalah kematangan. Bukan dengan menjadi kerajaan pintu belakang, menjadi kerajaan undi tak percaya dan menjadi kerajaan rampasan kuasa.

Ini adalah demokrasi dan kita sedang mengasuh diri menjadi matang dalam sistem ini.

Tapi apalah gunanya rakyat disuruh matang tetapi kerajaan masih keanak-anakan.

Setakat 10 bulan, kita simpulkan mereka adalah kerajaan yang gagal.

Sekian.

Leave a Reply