MASZLEE MALIK NI BILA NAK CERDIK? SAYA NAK BEBEL SIKIT SUPAYA KURANG BIOL NYA

By February 27, 2019 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Nasib baik ada Maszlee Malik dalam hidup saya. Jika tidak pasti dah lama saya murung selepas setiap hari bergaduh dengan Perdana Menteri ke 7.

Comel tau Maszlee ni. Rasa nak cubit-cubit pipi dia. Bila dia bercakap je mesti kita rasa nak gelak jatuh kerusi kan?

 GAMBAR/GOOGLE

Maszlee, saya tau anda tidak banyak kerja di pejabat Menteri dan sudah pasti anda akan baca posting saya ini.

Begini, kebetulan nak cakap pasal universiti, saya nak sentuh sikit bab pembatalan program Dato Seri Najib di UKM Jumaat lalu. Kenapa anda arahkan VC batalkan program tersebut? Kenapa Menteri masuk campur hal ehwal pentadbiran universiti? Tak perlu nafikan kerana tiada siapa percayakan pembohongan demi pembohongan anda.

Saya tahu semua pensyarah dan penyelidik di universiti seluruh Malaysia kini sedang sakit di bawah pentadbiran anda. Cakap saja pandai, arahan anda hantar dari atas datang macam wahyu. VC kena dengar cakap Menteri tak cerdik macam anda.

Bukan sedikit jasa Dato Seri Najib kepada UKM. Bukan kepalang perubahan yang di bawa beliau hingga meletakkan UKM di rating yang paling membanggakan sejak penubuhannya. Alih-alih Menteri tak cerdik turunkan wahyu untuk halang Dato Seri Najib bercakap di sana.

Saya bakal menjalani pengajian PhD di UKM. Jangan anda berani turunkan wahyu kepada VC UKM, saya akan sembur anda 360 hari setahun hingga PRU15. Jangan lupa, anda kurang cerdik tapi kuat menipu.

Bercakap tentang tidak cerdik, saya nak tanya tentang idea tak masuk akal anda untuk menubuhkan Universiti Muhamadiyyah di Johor pula.

Apa semua universiti di Malaysia ni cukup peruntukan sangat ke? Cuba tanya semua pensyarah dan kakitangan pentadbiran universiti-universiti seluruh Malaysia. Apa mereka gembira dapat menteri pendek akal seperti anda?

Kerana sibuk dengan politik tiga suku tipu sini tipu sana, UTurn sana UTurn sini, palsu sana palsu sini, anda kini sesat tak tentu arah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan.

Baik Johor atau mana-mana negeri di Malaysia tidak perlukan Universiti Muhamadiyyah.

Anda tidak layak tubuhkan apa-apa universiti pun, tolonglah, jaga apa yang ada sahaja dengan baik supaya tidak lingkup sehingga PRU15.

Jika tidak mampu jaga dengan baik, tolong duduk di kerusi diam-diam. Itu sahaja yang perlu anda lakukan di pejabat Menteri.

Jika anda bergerak, saya bimbang anda sesat.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/535341/sultan-johor-tolak-cadangan-penubuhan%C2%A0universiti-muhammadiyah

Leave a Reply