SIAPA LEBIH BESAR, SETIAUSAHA AGUNG UMNO ATAU SETIAUSAHA AGUNG BN?

By February 27, 2019 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Saya tertarik dengan kenyataan media yang dibuat oleh Tan Sri Anuar musa berkenaan gesaan supaya siasatan segera dilakukan ke atas dakwaan Raja Petra Kamarudin bahawa Lim Guan Eng terlibat dengan kesalahan rasuah skala besar melibatkan projek Terowong Bawah Laut dan 3 projek lebuhraya di Pulau Pinang ketika Menteri Kewangan tersebut menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Untuk siaran segera KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG UMNO BERHUBUNG PENDEDAHAN RAJA PETRA KAMARUDDIN BERKAIT DENGAN TUDUHAN…

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Tuesday, February 26, 2019

Raja Petra Kamarudin dalam kenyataan nya mendakwa beliau akan mendedahkan skandal rasuah tersebut dengan terperinci sedikit masa lagi dengan bukti dokumen setebal 200 muka surat yang beliau dakwa diterima dari Pegawai SPRM sendiri.

Skandal rasuah berskala besar tersebut turut melibatkan Nazri Aziz, Setiausaha Agung BN!

https://www.malaysia-today.net/2019/02/24/dari-fail-sprm-bermulanya-projek-terowong-bawah-laut-pulau-pinang-dengan-guan-eng/

Dalam hal berkaitan, saya ada menulis di FB saya semalam tentang komplot Nazri Aziz dengan Lim Kit Siang di PRK Semenyih.

Saya menulis tentang tindakan Nazri Aziz yang memberi bola tanggung kepada Lim Kit Siang dengan membuat kenyataan berbaur rasis di dalam kempen nya di Semenyih.

Bola tanggung itu ternyata disambut pula oleh Lim Kit Siang keesokkan harinya dengan kempen tolak calon BN di Semenyih kerana Nazri Aziz membawa sentimen perkauman. Saya yakin ianya adalah komplot untuk mengalahkan calon BN di Semenyih.

Semalam Nazri Aziz buat kenyataan rasis utk hilangkan undi. Hari ni Kit Siang sambut bola tanggung Nazri sebagai alasan…

Posted by Anina Saadudin on Monday, February 25, 2019

Apakah wujud hubungan antara Nazri Aziz dan Lim Guan Eng?

Pendedahan skandal rasuah oleh Raja Petra Kamaruddin membuka petunjuk baru tentang hubungan ini.

Persoalan yang paling menarik timbul apabila Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa membuat kenyataaan untuk kes itu segera disiasat. Ianya membunyikan loceng dengan deringan yang membangkitkan minda separa sedar, siapa lebih besar?

Setiausaha Agung UMNO atau Setiausaha Agung BN?

Saya menyokong gesaan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO tersebut kerana ianya akan membuka Pandora Box yang misteri.

Siapakah Nazri Aziz di hati Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?

Apa benar dakwaan Raja Petra Kamaruddin?

Jika benar, apakah Nazri Aziz adalah gunting dalam lipatan?

Kita tunggu dan saksikan episod bongkar ini!

Leave a Reply