KEADILAN DI PADANG MAHSYAR, SYAFAAT RASULLULLAH SAW

By March 2, 2019 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Bagaimanakah kita akan disoal dan diadili di Padang Mahsyar kelak dengan undi menjatuhkan sebuah Kerajaan Islam?

Bagaimanakah kita mahu memint syafaat Rasullullah SAW sedangkan kita membiarkan diri baginda dihina dan dipersendakan hasil undi kita di PRU-14?

Mungkin persoalan saya di atas terlalu panjang untuk dihadam tetapi rasa di hati saya ini terlalu banyak untuk diluahkan.

Biar persoalan saya panjang berjela asakanl anda tahu betapa saya tetap konsisten dengan kenyataan saya sejak malam 9 Mei 2018 sehingga ke hari ini.

HARAM UNDI Pakatan Harapan (PH) kerana anda akan serahkan negara Islam kepada bukan Islam.

Namun ketika itu anda terlalu rindukan Tun Mahathir.

Saya beritahu rakyat supaya jangan undi Tun Mahathir semata-mata kerana beliau bina KLCC namun saya dimaki hamun.

Saya tidak berputus asa kerana saya marhaen.

Saya bercakap sehingga ke hari ini kerana hati saya masih mengharapkan cahaya untuk bangsa seagama dengan saya dan kita semua rakyat Malaysia yang tulus menyayangi negara ini.

Tun Mahathir telah tiada. Yang bercakap setiap hari itu adalah penipu besar yang mengkhianati bangsa dan Rasul.

Ya, beritahu saya jika saya salah berkata begitu.

Siapa yang tukar Ketua Peguam Negara Islam kepada bukan Islam?

Siapa tukar Ketua Hakim Negara Islam kepada bukan Islam?

Siapa lantik Menteri Agama dari AMANAH yang tengkuknya dipegang oleh kuasa bukan Islam?

Tun Mahathir lah yang berbuat begitu setelah anda semua terlalu merinduinya.

Benar atau tidak saya katakan bahawa itu bukan Mahathir yang kita kenali dulu?

Saya tahu kerana saya berada di sisinya setiap masa, suatu ketika dahulu.

Maka saya sampaikan kebenaran itu kepada anda tetapi anda memaki hamun dan menuduh saya melakukannya kerana kononnya saya mendapat dedak dari kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ya, saya bukan orang kaya sebaliknya saya bekerja siang dan malam dengan tulang empat kerat dan segala deria yang ada untuk berjuang demi anak-anak saya, agama, bangsa dan negara yang saya cintai.

Saya bukan pemakan dedak yang mematuk di tanah untuk berbohong.

Saya bercakap benar dari lubuk hati ketika saya mengumumkan untuk keluar dari PPBM pada 16 September 2017. Saya bukan bangsat pemakan dedak.

Saya insan yang mahu anak-anaknya makan seperti semua anak-anak anda!

Jika anak anda makan nasi, saya juga mahu anak-anak saya makan nasi.

Tidak sama sekali saya akan berikan najis kepada anak-anak saya.

Kini negara Islam ini telah tergadai.

Rasul yang kita cintai yakni Kekasih Allah dihina bagai. Penghinaan bukan sesiapa tetapi terhadap Rasullullah SAW yang sedikit demi sedikit, dilakukan di bumi Islam ini.

Bagaimana kita mahu melutut di kaki Rasulullah memohon syafaat Baginda di Mahsyar nanti?

Jika ibu, isteri, suami, anak kita dihina pula, bagaimana?

TETAPI DIA KEKASIH ALLAH. DIA RASULLULLAH SAW. Baginda Rasul, Nabi Muhammad SAW yang dihina.

Leave a Reply