KHAZANAH LUBUK KARTEL PH JUAL ASET NEGARA

By March 5, 2019 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Laporan terkini yang terpampang di dada-dada akhbar memaparkan berita sedih tentang KHAZANAH yang mengalami kerugian sebanyak RM6 bilion pada tahun 2018 di bawah kartel Pakatan Harapan (PH).

Tidak berapa lama selepas mengambil alih Putrajaya, kesemua Ahli Lembaga Pengarah KHAZANAH dihalau keluar seorang demi seorang dan tempat mereka digantikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri bersama Tun Daim Zainudin, Azmin Ali, wakil Robert Kuok dan beberapa orang lagi yang menjadi kroni.

Ini fakta! Beritanya tersebar di dada-dada akhbar malah saya turut membuat beberapa postings berkaitan perkara ini. Namun rakyat hanya berdiam diri. Apalah yang mampu dilakukan apabila kuasa sudah diserahkan kepada kartel pencuri di bawah PH.

Jika dahulu Tun Mahathir menggelar Dato Seri Najib Razak sebagai pencuri, perompak, penyamun, beritahu saya kenapa hari ini saya tidak boleh menggelar Tun Mahathir dengan gelaran yang sama, pencuri dengan segala bukti yang terpampang di depan mata rakyat?

Lihat apa yang terjadi.

Saya tahu dari awal lagi bahawa tujuan sebenar Tun Mahathir dan kroni-kroninya masuk ke KHAZANAH adalah tidak lain dan tidak bukan, tujuannya adalah untuk mencuri dan penyamun.

Ini faktanya!

Prestasi Khazanah Nasional
(Selepas cukai)

2013 – UNTUNG RM 3.1 billion
2014 – UNTUNG RM 3 b
2015 – UNTUNG RM 1.0 b
2016 – UNTUNG RM 1.4 b
2017 – UNTUNG RM 2.9 b
TERKINI – 2018 – RUGI RM 6 billion (sebelum cukai)

Kenapa KHAZANAH rugi RM6 bilion dalam sekelip mata di bawah kartel pencuri ini?

Bagaimana rakyat mahu harungi sepenggal bersama PH sedangkan belum sampai setahun pun, begini akibat yang terhasil dari undi rakyat pada PRU-14 yang lalu?

Rindukan Tun Mahathir?

Maaf saya perlu ulang sebut perkara ini supaya anda tidak mudah lupa bagaimana anda ditipu dengan seraut wajah yang kononnya akan menyelamatkan Malaysia dari pencuri.

Siapa pencuri sebenarnya?

Kenapa rakyat beri undi kepada Tun Mahathir? Kenapa rakyat mudah termakan fitnah oleh seorang bekas Perdana Menteri yang berusia 93 tahun?

Adakah wajar rakyat mempercayainya atau merinduinya hanya semata-mata kerana dia yang membina KLCC?

Ya terima kasih kerana Tun Mahathir kumpul kekayaan keluarga dan kroni dari projek pembinaan KLCC untuk kita semua berbangga setiap kali melihat bangunan tinggi mencakar langit itu.

Tetapi apakah perlu rakyat menyerahkan negara ini kepada Tun Mahathir semata-mata kerana halwa mata mampu melihat KLCC setiap hari?

Kini tersebar maklumat terbaharu. Ada lagi aset KHAZANAH milik negara yang akan dijual.

Legoland Malaysia yang terletak di Johor, milik KHAZANAH dan diuruskan oleh Merlin Entertainments Plc. bakal dijarah dengan lahapnya oleh kartel di dalam KHAZANAH ini.

Legoland Malaysia adalah Lego-theme park pertama di Asia, meliputi kawasan melebihi keluasan 50 padang bola yang memuatkan lebih 15,000 model Lego yang dihasilkan dari lebih model yang dibina daripada 60 juta bata Lego.

Nilai taman tema ini dianggarkan mencecah RM1 bilion (US$245 juta) dan akan dijual dengan justifikasi ianya bukan aset utama KHAZANAH. Penjualan ini bakal dihalalkan dengan fitnah kononnya kerana Najib Razak mencuri lagi!

Kenapa kerajaan PH di bawah Tun Mahathir yang diuar-uarkan gah seantero alam sebagai manusia yang kononnya bijak laksana HANYA mampu menjual segala aset negara untuk mempertahankan pemerintahannya?

Dahulu ketika menjadi Perdana Menteri ke -4, Tun Mahathir jual semua agensi kerajaan termasuk LLN, Telekom, Pejabat Pos, Lapangan Terbang dan Padi Beras Negara atas dasar penswastaan.

Sebut apa sahaja syarikat milik negara ketika itu, semuanya habis dijual! Nasibnya agak baik kerana ketika itu tiada media sosial dan rakyat tidak mendapat maklumat tepat dan terperinci kerana semua media arus perdana dikawal oleh kerajaan.

Kini apabila menjadi Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir buat cara lamanya lagi (“Do it my way”) dengan menjual satu persatu aset negara.

Mungkin Allah mengangkat Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekali lagi dengan mengalahkan Perdana Menteri ke-6 yang hakikatnya merupakan Perdana Menteri Malaysia terbaik sejak merdeka HANYA semata-mata untuk membuka hijab yang tertutup tentang segala dosa Tun Mahathir terhadap rakyat Malaysia.

Rakyat ditipu dan Allah mentakdirkan mereka mempercayai segala fitnah, pembohongan dan tohmahan sebelum PRU-14 semata-mata untuk menyedarkan rakyat Malaysia, buat pertama kali dan hingga kiamat, JANGAN KHIANATI BANGSA SENDIRI LAGI!

Manusia berbuat silap. Betulkan kesilapan anda di PRU-15 nanti. Tebus dosa yang tidak disengajakan itu. Allah maha pengampun.

Sementara itu terjadi, berdoalah semoga masih ada aset dan kekayaan negara sebagai bekalan untuk kita meneruskan hidup selepas PRU-15.

Jangan sampai semuanya hancur dan hilang dari tangan rakyat.

https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-said-weigh-sale-us245m-legoland-resort

 

Leave a Reply