PH SIBUK JUAL ASET NEGARA, LUPA NAK TANGKAP JHO LOW

By March 6, 2019 Politics

Oleh ANINA SAADUDIN

Tak usah bercakaplah tentang janji manifesto 100 hari, semuanya bukan ayat dalam Kitab Suci kata Tun Mahathir.

Maknanya, janji boleh tipu. Yang tak boleh tipu hanya ayat dalam Kitab Suci. Tapi ada ke Kitab Suci dalam dunia ni yang membenarkan kita menipu?

Sekarang Tun M sibuk utuskan penjualan harta-harta negara. Asal boleh buat duit, semua nak dijualnya.

Macam mak kita kahwin suami baru, tiba-tiba bapa baru jual semua harta mak kita. Bukan nak tambah harta tapi perabis harta. Jual, habis dijualnya. Apa yang tinggal kat kita? Serdak pun tak ada!

Saya suka bermetafora supaya anda faham apa sebenarnya yang berlaku dalam negara. Ini bukan cerita fiksyen, ini jelas terpampang di depan mata. Ini fakta.

Dalam kesibukan menjual aset negara, Tun M juga terlupa satu lagi janji penting beliau selain janji Najib Turun Ringgit Naik yang epic itu, iaitu janji untuk tangkap Jho Low!

Sudah setahun janji ini dibuat. Tapi mana Jho Low?

Apakah jual aset negara milik 34 juta rakyat Malaysia lebih mudah dari menangkap Jho Low seorang?

Buktikanlah yang bukan semua perkara Tun M tipu dengan menangkap Jho Low.

Jangan bermain wayang konon kalau tangkap Jho Low, Dato Seri Najib akan susah.

Selama ini tiga suku nyawa Tun M zalimi Dato Seri Najib dengan fitnah dan pengaiban seolah-olah Tun M suci di Mahsyar nanti. Belum tahu apa aib yang akan dibuka Allah di sana nanti.

Tangkap Jho Low dan bawa balik ke Malaysia!

Leave a Reply