KENA BELAJAR TERIMA KENYATAAN

Oleh NAJIB RAZAK

Ada juga penyokong PH yang masih tidak puas hati dengan berita Khazanah mengalami kerugian besar dan penurunan nilai aset sebanyak RM25 bilion sehingga ada yang tuduh bahawa prestasi Khazanah sebelum tahun ini adalah dipalsukan.

Yang masih tak percaya dan cuba menafikan hanya perlu lihat penurunan nilai syarikat-syarikat tersenarai yang dilabur oleh Khazanah selepas PH mengambil alih.

Apa susahnya bagi pihak PH untuk menerima kebenaran bahawa ekonomi Malaysia sudah teruk selepas PRU14?

Apa susahnya bagi pihak PH untuk terima kenyataan bahawa Khazanah di bawah kerajaan PH telah melaporkan kerugian pertama sejak tahun 2005?

Apa perlunya untuk membuat pelbagai fitnah terhadap saya ataupun kerajaan BN kononnya kita telah memalsukan laporan kewangan Khazanah?

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/11/24/khazanahs-investment-portfolio-hit-by-falling-stocks/

 

Leave a Reply