PH LUBUK DUIT CYBER TROOPERS

SELEPAS KALAH DI CAMERON HIGHLANDS DAN SEMENYIH

Oleh ANINA SAADUDIN

Setiap hari kerajaan yang disifatkan sebagai penyamun tiga suku ini dilanda masalah kerana satu demi satu kegagalan mereka didedahkan oleh pembangkang.

Bukan itu sahaja, malah kabinet PH dipenuhi dengan menteri-menteri tipu sijil.

Patutlah selama ini kita hairan kenapa menteri-menteri PH ini bodoh dalam membuat keputusan. Rupa-rupanya mereka tipu sijil.

Kini jarang-jarang sekali menteri PH buka mulut kerana Tun M sudah tidak mampu lagi menerima padah setiap kali menterinya bersuara. Pasti hancur lebur!

Bukan persoalan tentang rakyat nak dengar menteri bercakap tetapi rakyat mahu menteri buat kerja.

Sekarang rakyat Malaysia dilanda bala ekonomi yang semakin meruncing. Peniagaan semakin merosot dan kehidupan semakin daif.

Indikator kekalahan PH di Cameron Highlands dan Semenyih menjadi benchmark kepada kejatuhan PH secara mendadak dalam tempoh yang begitu singkat.

Saya percaya jika diulang PRK Sungai Kandis dan Seri Setia, nasib kedua-dua calon BN dan PAS mungkin berbeza.

Gabungan UMNO dan PAS akan mengubah lanskap politik negara di mana ummah akan bersatu membentuk kerajaan yang baik kerana orang Melayu tidak pernah menzalimi orang lain. Jika ada pun, beliau hanya Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PRK Rantau bakal menyusul dan kerajaan PH terkapai-kapai.

Demi untuk hidup dan mati perlu menang bagi menaikkan semula moral pengikutnya.

Nah! Kini masanya cyber troopers berbayar akan menjadikan politik penipuan ini sebagai lubuk mencari duit.

Maka media sosial akan menjadi medan tempur antara pejuang rakyat dan tentera berbayar kerajaan politik khurafat!

Leave a Reply