KISAH PEGUAM DICEDERA ANJING DAN PEGUAM MENJADI “ANJING”

By March 13, 2019 Editorials

Oleh AB JALIL BACKER

Riuh-rendah kisah Peguam DS Mohd Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee minta tangguh perbicaraan untuk menjalani pemerikasaan perubatan kerana tercedera ketika bermain dengan anjing.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/03/12/najibs-src-trial-postponed-after-lawyer-shafee-injured-by-pet-dog/

Shafee pun sudah tua-tua main guli sudahlah.

MEMALUKAN apabila tidak ada seorang pun di kalangan peguam merangkap aktivis Pakatan Harapan (PH) yang sibuk hal Muhammad Shafee, menyentuh mengenai tindakan Peguam Negara menjatuhkan integriti sistem kehakiman negara.

Semalam Kerajaan Malaysia dan Peguam Negara telah menarik balik tuduhan membunuh ke atas warga Indonesia.

Tuduhan ini ditarik balik atas permintaan Indonesia.

https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2019/03/468064/malaysia-agreed-indonesias-request-free-aisyah-tommy-thomas

Warga Indonesia tersebut, Siti Aisyah telah dituduh bersama Doan Thi Huong, 30 tahun, dari Vietnam, membunuh Kim Jong Nam abang pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un.

Mereka dituduh membunuh dengan melumur agen saraf VX pada mukanya di lapangan terbang Kuala Lumpur pada Februari 2017, dalam tindakan gaya Perang Dingin yang mengejutkan dunia.

Pada tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kedua-dua tertuduh membela diri setelah berpuas hati pendakwaraya telah membentangkan kes melampaui keraguan munasabah.

Tindakan Peguam Negara menarik balik tuduhan tersebut atas permintaan kerajaan Indonesia bukan sahaja telah menghina keputusan hakim tetapi juga menimbulkan skandal yang luar biasa.

Kes ini mendapat liputan antarabangsa kerana ia berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan membabitkan tokoh politik dunia.

Cara Malaysia mengendalikan kes ini sangat memalukan.

Mengapa kerajaan dan peguam negara perlu tunduk kepada permintaan ini?

Adakah ini sebagai balasan pemberian kapal Equanimity kepada kerajaan Malaysia?

Jokowi telah membantu Pakatan Harapan mengaut keuntungan politik, maka ini masanya Pakatan Harapan membalas budi Jokowi menjelang pemilihan Presiden Indonesia?

Semalam Perdana Menteri memberitahu Parlimen bahawa Kerajaan telah memulihkan integriti negara.

Adakah ini contoh integriti?

Seorang Peguam Negara dari sebuah negara berdaulat bertindak seperti anjing suruhan kerajaan asing menarik balik pertuduhan yang sudah sampai ke peringkat membela diri?

Jika seorang warga asing boleh mendapat keistimewaan sedemikian, apakah boleh kita percaya kredibiliti Peguam Negara bila membabitkan pemimpin Pakatan Harapan?

Sangat aneh dan melucukan apabila para peguam pejuang keadilan pro PH memilih menceritakan kisah Peguam Tua dan Anjing berbanding skandal Peguam Negara meletakkan dirinya seumpama anjing suruhan negara luar.

Leave a Reply