MUNGKINKAH ISU 138 VS 84 PUNCA TUN MAHATHIR GAGAL KAWAL EMOSI DALAM ISU MAHATHIR VS TMJ?

By April 10, 2019 Editorials

GAMBAR/GOOGLE

Oleh TUN MAHAREZZA

138 Ahli Parlimen telah mengundi untuk menyokong pindaan perlembagaan, sementara 84 Ahli Parlimen tidak menyokong.

Yang tidak menyokong ini adalah dari paksi GPS Sabah, GPS Sarawak, UMNO, PAS dan Bebas.

Matematik ini membuktikan bahawa kesemua Ahli Parlimen BN yang kononnya sokong Tun Mahathir, sebenarnya tidak menyokong Tun Mahathir.

Sementara itu, daripada 134 undi menyokong pula, kita tahu ianya adalah daripada 50 kerusi DAP, 10 kerusi AMANAH, 10 kerusi PPBM, 11 kerusi WARISAN, 42 kerusi PKR dan lain-lain.

Ini bermakna jika dibuat Undi Tidak Percaya kepada Tun Mahathir, 138 undi ini akan berpecah.

Jelas sekali , hayat politik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri bergantung kepada paksi BN, GPS Sabah dan GPS Sarawak.

Perdana Menteri telah tahu bahawa beliau boleh dengan mudah dijatuhkan sebagai Perdana Menteri jika berlaku pembelotan dalam PAKATAN HARAPAN.

Kita tahu Tun Mahathir tidak miliki sokongan mutlak daripada semua Ahli Parlimen PAKATAN HARAPAN sendiri.

Kita lihat seterusnya, Perdana Menteri telah gagal mengawal emosi nya dalam isu Mahathir vs TMJ.

Mungkinkah ianya kerana Tun Mahathir tertekan dengan situasi di Parlimen?

Leave a Reply