SAYA SEDIKIT PUN TAK RASA MEMBAZIR KETIKA MEMBANTU PENEROKA FELDA

Oleh NAJIB RAZAK

Azmin kata saya menggunakan RM2.7 bilion dari hasil RM6 bilion dari penyenaraian FGV yang diterima oleh FELDA untuk tujuan politik dan satu bentuk pembaziran dan penggunaan yang tidak produktif.

Dari RM2.7 bilion ini, sebanyak RM1.7 bilion adalah dari bonus RM15,000 yang dibayar pada tahun 2012 (tahun 2012 tak ada pun PRU) kepada setiap keluarga peneroka sempena penyenaraian FGV.

Baki RM1 bilion ialah dari bonus raya dan bantuan khas kepada peneroka tiap-tiap tahun dari FELDA.

Jika Azmin kata ini ialah tujuan politik atau satu pembaziran, biarlah dia tuduh saya.

Kepada saya, ini ialah bayaran ikhlas dari kerajaan BN supaya kesejahteraan peneroka-peneroka dan keluarga mereka terjaga.

Saya sedikit pun tak rasa ianya adalah membazir atau satu penggunaan tak produktif untuk membantu peneroka.

Leave a Reply