TAK CUKUP SATU SUDU, AZMIN PERLUKAN SEBOTOL SEHARI

Oleh NAJIB RAZAK

La…. baru puji Azmin orangnya baik dan bijak selepas dia minum sesudu di hantaran saya tadi.

Rupa-rupanya, satu sudu tak cukup. Mungkin perlu sebotol sehari.

Kerajaan PH yang dakwa saya macam-macam berpuluh kali sehingga saya perlu di Mahkamah hampir setiap hari.

Minggu ini saya hampir tiap-tiap hari di Mahkamah termasuk hari ini di mana Mahkamah sekali lagi tolak permintaan saya untuk mendapat dokumen-dokumen penting untuk pembelaan saya.

Lepas tu, PH tanya pulak mengapa saya tak ada di Dewan Rakyat!

Peliknya, si Azmin ni.

Saya tak ada klon Siam lah.

Kalau bukan di Mahkamah pun, saya perlu bincang kes-kes saya dengan barisan peguam saya.

Jika ada masa yang masih lapang pun, saya gunakan untuk baca laporan media dan merangka posting FB.

Lagipun, tidak ada seorang pun yang menghalang Azmin guna media sosial dia untuk menjawab posting saya.

Untuk maklumat Azmin, media sosial bukan hanya boleh digunakan untuk muat-naik gambar-gambar melancong, gambar bilik air atau gambar makan-makan sahaja.

Leave a Reply