DULI YANG MAHA MULIA MAHATHIR MOHAMAD vs DULI YANG TERAMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR

By April 11, 2019 Editorials

Oleh TUN MAHAREZZA

Sejak bilakah title Duli Yang Maha Mulia diberi atau disandang oleh individu yang bukan keturunan kerabat diraja atau pun yang mengalir darah diraja dalam tubuh mereka?

Ini situasi yang amat pelik dan sedang hangat diperkatakan di media sosial di mana ia memberi gambaran yang jelas, ketegangan yang berlaku di antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang sememangnya seorang anak raja, berketurunan raja.

Ketegangan di antara Tun M dengan TMJ berkait rapat dengan isu Statut Rom dan itulah isu hangat lagi terkini yang melanda rakyat negeri Johor Darul Takzim amnya.

Kita imbau sedikit perhubungan di antara Tun M dengan istana Johor yang sejak sekian lama, umum ketahui, ia bukan satu rahsia awam kerana Tun M sememangnya tidak gemar dengan istana Johor dan tidak sebulu dalam banyak perkara.

Akan tetapi, kali ini atau ini kalilah, Tun M dilihat gagal mengawal emosi akibat tekanan politik dalaman Pakatan Harapan (PH) yang menunjukkan kedudukan beliau sangat tidak terjamin, tergugat dan tidak selamat.

Pada masa yang sama, TMJ berjaya mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja Melayu dan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang diPertuan Agong untuk meneliti semula skop kerajaan PH dalam soal kelulusan Statu Rom.

TMJ berjaya membuktikan pentadbiran di bawah Tun M tidak memenuhi kehendak Perlembagaan Perkara 38/4 yang mewartakan keperluan kabinet untuk mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja bagi kelulusan Statut Rom ini.

Sebagai Perdana Menteri, Tun M amat tertekan sehingga hilang kawalan dan menyebabkan beliau mengeluarkan kata-kata yang merapu, bermain politik kotor dan perbuatan ini telah mencalarkan dan mencemarkan reputasi beliau sebagai seorang tokoh negara hebat, tersohor dan segala bagai.

Jelas sekali Tun M hilang sikap tenangnya dan jelas sekali, beliau tersangat tertekan dengan permainan politik dalaman PH dan isu TMJ dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ ditunjukkan kepada khalayak, seolah-olah isunya adalah dengan TMJ.
Bagaimanapun, rakyat tahu bahawa situasi Tun M ini disebabkan oleh tekanan dan pembelotan ke atas dirinya.

Lontaran ke belakang, ketika Tun M menjadi PM keempat, alhamrhum nenda TMJ dijadikan sengketa oleh Mahathir Mohamad dan hari ini, dengan cucunda almarhum pula Tun M cari pasal!

Leave a Reply