KEPUTUSANNYA: TMJ – 1, PM – 0

By April 11, 2019 Editorials

GAMBAR/GOOGLE

Oleh TUN MAHAREZZA

Satu lagi isu terkini yang hangat dan hampir menjadi hangit membabitkan rakyat negeri Johor Darul Takzim.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang mana kita semua tahu bahawa peletakan jawatan Osman adalah akibat politik dalaman parti PPBM, PH dan PKR Johor.

Inilah yang dikatakan, sudah kena ‘game’!

Peletakan jawatan bekas MB Johor telah menyebabkan muka Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah kena penampar Jepun.

Tun M telah dengan tegasnya menyatakan bahawa consensus PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah bersetuju menetapkan, MB Johor harus daripada PPBM.

Tun M sebagai Perdana Menteri menjelaskan lagi, adalah hak PH untuk memilih calon MB, siapa yang layak jadi MB manakala Tunku Mahkota Johor (TMJ) pula pula membalas pernyataan Tun M dengan mengatakan bahawa kuasa memilih dan melantik siapakah yang layak untuk menjadi MB Johor terletak di tangan ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Itu adalah hak mutlak Sultan Johor.

Hujah TMJ, ini adalah perundangan yang telahpun diwartakan di dalam Perlembagaan mengikut Jadual kelapan, Perkara 71, Bahagian I, Peruntukan Tetap Bhg 1, 2/4 yang mewartakan seperti berikut:

Sultan boleh ketepikan apa jua peruntukan didalam undang-undang tubuh negeri untuk melantik seorang Menteri Besar pilihannya.

Pun begitu, lantikan itu haruslah daripada kalangan yang menang pilihanraya negeri.

Jelas di sini , hujah Tun M berkenaan perjanjian PH yang menetapkan MB Johor harus daripada PPBM, bersifat tidak bernilai undang-undang dan tidak dapat mengatasi peruntukan undang-undang kuasa mutlak kkepada Sultan dalam soal memilih dn melantik MB Johor.

Menjadi hak mutlak yang sah undang-undang kepada baginda Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memilih daripada kalangan PH calon MB.

Sultan Johor berhak untuk TIDAK melantik dan memilih calon daripada PPBM JIKA BAGINDA MAHU.

Terimalah hakikat keputusannya iaitu TMJ – 1, PM Tun M – 0

Leave a Reply